Kebocoran Dokumen Rahsia Dedah 3 Permintaan Pelik Liverpool Kepada Setiap Hotel Penginapan Mereka

Bagi pengusaha hotel, peluang menerima tempahan bilik daripada kelab bola sepak terkemuka di dunia mungkin tidak seindah yang disangka.

Jika kita menilai dari perspektif orang luar, musim panas di Eropah mungkin musim kegemaran pengusaha hotel.

Banyak tempahan bilik bakal diterima daripada pelancong yang bercuti pada musim panas. Dan jika ada kelab bola sepak menempah berpuluh-puluh bilik di hotel mereka, sudah pastilah pengusaha hotel akan tersenyum lebar.

Tetapi itu bukanlah realitinya.

Banyak permintaan pelik-pelik yang dikemukakan oleh kelab bola sepak untuk memastikan pemain-pemain dan staf-staf pasukan mereka gembira.

Embed from Getty Images

Dokumen Liverpool FC terbocor

Inilah yang berlaku kepada pengusaha hotel di bandar Huddersfield, England.

Akhbar Daily Star semalam melaporkan satu dokumen khas milik pengusaha hotel yang turut mengandungi permintaan-permintaan khas pemain dan staf Liverpool FC.

Permintaan-permintaan khas tersebut perlu dipenuhi oleh pengusaha hotel untuk memastikan keselesaan klien mereka.

Dokumen tersebut dikatakan tercicir ketika perlawanan pra-musim mereka menentang Huddersfield Town.

Satu lagi dokumen yang tercicir adalah atur cara program semasa pra-musim mereka ketika menentang kelab tersebut pada 21 Julai 2016.

Dalam dokumen atur cara program tersebut, pemain-pemain Liverpool diingatkan supaya hanya memakai kelengkapan pakaian dan aksesori New Balance sahaja kecuali  footwear.

Kemudian dengan peringatan yang ditulis dengan dakwat merah, pemain-pemain diingatkan supaya membawa bersama passport mereka, kerana akan berlepas ke Amerika Syarikat selepas itu.

c75271fd00c917950a26212feb0a844e

Permintaan khas Liverpool kepada pengusaha hotel

Dalam dokumen yang dinamakan ‘keperluan hotel domestik musim 2016/2017’ ini, ia mengandungi beberapa permintaan khas daripada pengurus, staf dan juga para pemain Liverpool yang perlu dipenuhi oleh pengusaha hotel.

Bermula dengan benda ringkas seperti permintaan agar diberikan nombor bilik yang betul, pemberian kunci bilik kepada setiap pemain, permintaan kata kunci WiFi dan…

  • Bilik semua pemain hendaklah pada tingkat yang sama
  • Semua bilik tidak ada kawasan merokok (kecuali atas permintaan)
  • Semua pemain perlu disediakan katil berkembar
  • Bar mini dalam bilik pemain hendaklah untuk minuman jus buah buahan dan air kosong. Minuman keras dilarang sama sekali
  • Seboleh-bolehnya, semua bilik pemain adalah berdekatan antara satu sama lain dan cuba untuk memastikan kawasan sekitar bilik tidak ada gangguan bising dari atas atau sebelah mahupun daripada petugas hotel
  • Semua bilik disediakan 2 botol air 1 liter
  • TV berbayar dibenarkan namun semua panggilan keluar dan panggilan masuk disekat.

Liverpool-demands

…hinggalah kepada beberapa permintaan pelik. Antaranya adalah, permintaan agar bilik Jordan Henderson dan Adam Lallana hendaklah bersebelahan.

process (1)

Kemudian, ada juga permintaan khas oleh maestro, Phillipe Coutinho.

Bilik Coutinho hendaklah ada kipas angin. Ia kerana pemain ini mahu biliknya lebih sejuk.

Embed from Getty Images

Kemudian, pihak kelab mahukan pihak hotel menyediakan satu perkhidmatan naik taraf percuma untuk bilik Jurgen Klopp dan pembantu beliau.

2D35568000000578-3264780-image-a-25_1444327507389

Bilik Klopp dan Krawietz haruslah bersebelahan dan berada jauh daripada kawasan bilik para pemain.

Seterusnya, Klopp dan Krawietz juga meminta bilik yang mempunyai ruang merokok.

Embed from Getty Images

Permintaan khas perkara biasa

Mana-mana pekerja industri hospitaliti akan memberitahu anda, permintaan khas yang pelik-pelik sebegini adalah perkara biasa bagi klien berprestij seperti Liverpool.

Kebocoran dokumen ini memberikan kita satu pengetahuan baru tentang betapa cerewetnya sesebuah pasukan bolasepak seperti Liverpool dalam isu penginapan.

Ini kerana penginapan yang berkualiti dan menepati standard yang dikehendaki adalah sesuatu yang mustahak untuk jurulatih dan para pemain.

Namun kami yakin, pihak hotel tetap akan cuba yang terbaik untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

Ini kerana mereka turut mendapat publisiti dan pulangan yang lumayan apabila hotel mereka dikunjungi oleh pasukan-pasukan elit.

Baca juga: Marc Wilmots Akui Radja Nainggolan Merokok: Itu Sebab Saya Beri Dia Bilik Berbalkoni

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN