Jersi Kelab Divisyen 4 Brazil Ini Tukar Nombor Pemain Kepada Tanda Harga!

Kelab divisiyen 4 Brazil telah mencipta sejarah baru dalam sejarah tajaan jersi bola sepak.

Demi untuk kelangsungan survival kelab, Fluminense de Feira bukan sahaja menjual hak penajaan di hadapan baju dan belakang, malah dengan nombor jersi sekali.

Fluminense de Feira telah berjaya menarik tajaan daripada pasaraya-pasaraya di sekitar bandar mereka.

Ini bermaksud, pasaraya-pasaraya yang berlainan boleh membeli nombor jersi yang mereka mahukan. Biasanya nombor yang ada kaitan dengan harga produk mereka.

Satu kolum yang biasanya untuk nama pemain telah ditukar dengan nama-nama produk. Manakala, nombor pemain telah menjadi tag harga untuk produk tersebut.

Antaranya termasuk syampu pizza dan segala macam produk yang ada tawaran hebat (diskaun).

Penyerang Fernando Sobral, tidak lagi memakai no.10 tetapi kini 10.98. Ianya adalah harga untuk pizza.

Ada yang memakai nombor 5.98 untuk mempromosi harga syampu Palmolive.

Ada pemain yang memakai nombor 20.38 untuk mempromosi krim pencukur.

Pengarah pemasaran mereka, Xiko Melo berkata, mereka terpaksa berbuat demikian kerana sistem liga di Brazil yang ada sekarang sangat mencabar untuk mereka dari segi kos operasi.

Pasukan tanda harga ini, Fluminense de Feira tewas 6-0, dalam derbi menentang Vitoria de Bahia pada perlawanan pembukaan musim.

Buat masa ini, badan bola sepak dan penganjur liga di Brazil masih belum menentukan sama ada apa yang mereka lakukan ini akan terus dibenarkan.

Itulah bahana bola sepak moden yang memerlukan semua pasukan mencari cara untuk mendapatkan sumber kewangan.

Baca juga: Pengadil Digantung, Kesilapan Asas Tidak Memberikan ‘Retaken’ Kepada Newcastle

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN