Mesut Ozil Ceritakan Sebab Ramos Memakai Baju Beliau Dan Berminat Sertai Barcelona!

Dalam buku The Magic of the Game, Mesut Ozil menceritakan kisah-kisah beliau di bilik persalinan.

Antara cerita yang dimuat naik dalam buku ini adalah ketika Sergio Ramos memakai baju beliau yang jelas kelihatan ketika perlawanan menentang Deportivo pada 2012.

Pada hari tersebut, Mesut Ozil telah berbalah dengan pengurus Jose Mourinho pada rehat separuh masa. Mesut Ozil telah dikeluarkan pada separuh masa kedua dan digantikan dengan Kaka.

Sergio Ramos yang memang dikenali dengan keakraban beliau dengan Ozil telah mengambil langkah untuk menyokong Ozil.

Ramos memakai baju Ozil di dalam dan berhasrat akan membuka baju sekiranya berjaya menjaringkan gol untuk menunjukkan sokongan kepada Ozil.

Namun sayangnya hari itu, pemain pertahanan prolifik ini gagal menjaringkan gol. Ia mungkin ada hikmah juga, kalau tak, mungkin perkara lain pula yang berlaku.

Dalam buku tersebut juga, Ozil mendedahkan Mourinho telah memanggil Ozil sebagai pengecut. Antara petikan di dalam buku tersebut:

“Awak ingat 2 hantaran cantik sudah cukup? soal Mourinho.”

“Awak ni kalau bab bergaduh memang hebat, tapi awak ingat 50% sahaja di dalam padang itu cukup.”

“Mourinho berhenti bercakap dan merenung tajam ke arah mata saya, dan saya merenung balik. Seperti 2 orang petinju nak memulakan pusingan pertama.”

“Dia (Mourinho) tidak menunjukkan sebarang emosi dan menunggu saya membalas. Walaupun saya sangat benci dengan dia ketika itu tetapi saya tetap sayangkan Mourinho.”

Ozil kemudian membaling bajunya ke lantai dan Mourinho menjerit: “Oh, kau sudah menyerah kalah ke sekarang? Dasar pengecut!”

“Apa kau nak buat sekarang? Berendam di dalam air suam untuk mandi? Mencuci rambut dengan syampu? Duduk seorang diri?”

“Ataupun kau nak pergi keluar sana, buktikan kepada pemain lain, penyokong di luar sana dan juga saya, apa yang kau boleh buat?”

Laman The Gunners Blog mencadangkan agar Arsene Wenger meniru cara Mourinho supaya lebih keras dalam menguruskan Ozil untuk mendapatkan yang terbaik daripada pemain itu.

https://twitter.com/gunnerblog/status/837263605175304192

Dalam buku tersebut, Ozil juga memberitahu Bayern Munich dan Manchester United antara kelab yang mahukan khidmat beliau selain Arsenal.

Sebaliknya Ozil lebih cenderung untuk menyertai Barcelona. Hasrat itu terhalang kerana pengurus, Pep Guardiola tidak begitu berminat dengan beliau.

“Saya ada melawat Barcelona, ianya lawatan peribadi dan saya sangat tertarik untuk ke sana. Segalanya jelas. Tiada pasukan di dunia ini yang bermain lebih cantik daripada mereka ketika itu.”

“Namun, Guardiola tiada di sana. Kemudian, ejen saya pula ke sana. Saya bertanya dan bertanya, kenapa jurulatih (coach) asyik tidak ada di sana.”

“Jawapannya sama sahaja. Dia sedang bercuti.”

Baca juga: Jersi Kelab Divisyen 4 Brazil Ini Tukar Nombor Pemain Kepada Tanda Harga!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN