Diundi Jumpa Pasukan Liga M3, Sabah Tetap Hormat Respect FC

Ong Kim Swee

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee tidak memandang rendah terhadap lawan mereka, Respect FC meskipun kelab itu hadir dari Liga M3.

Ini kerana berdasarkan beberapa perlawanan persahabatan yang telah dihadapi Sabah sebelum ini menunjukkan prestasi ditampilkan anak buah beliau kurang memuaskan dan enggan pemain boleh ambil mudah aksi di pusingan pertama Piala FA ini.

“Kita tidak boleh nak ambil mudah dalam setiap perlawanan sebab sebelum ini dalam perlawanan persahabatan pun, kita tidak menunjukkan prestasi yang begitu baik.”

“Jadi, berdepan kelab dari Liga M3 pun adalah sukar dan kita kena bersiap sedia untuk cuba mengharungi pusingan pertama dengan baik.”

“Pasal sasaran, saya ingin Sabah layak sejauh yang kita mampu dan paling penting adalah kita perlu kekalkan prestasi yang cemerlang tidak kira di saingan liga dan juga Piala FA,” katanya.

Dalam majlis undian Piala FA 2022 yang berlangsung semalam menyaksikan sebanyak 34 pasukan melibatkan 12 pasukan Liga Super, 7 pasukan Liga Premier dan 15 pasukan Liga M3 akan bertanding.

11 pasukan daripada Liga M3 yang mendapat undian ‘bye’ untuk layak secara automatik ke pusingan pertama adalah PIB, Tok Janggut Warriors, Manjung City, Perlis United, Sains FC, Kijang Rangers, Langkawi City, Harini FT, Kinabalu Jaguar, Ultimate FC dan Respect FC.

Manakala empat lagi pasukan akan berentap sesama sendiri di pusingan kelayakan iaitu BRM FC yang diundi menentang Tun Razak City sementara Bukit Tambun diundi bertemu Imigresen.

Perlawanan play-off ini akan diadakan pada 6 Mac depan dan pusingan pertama pula akan berlangsung bermula 11 sehingga 13 Mac 2022.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN