Diundi Bertemu Negeri Sembilan, Nafuzi Akur Jumpa Lawan Sukar Di Pusingan Awal

Nafuzi Zain

Ketua jurulatih Terengganu, Nafuz Zain mengakui pertembungan sukar menanti mereka seawal pusingan pertama Piala FA 2022 apabila diundi berdepan Negeri Sembilan.

Ini merupakan tugas yang pertama untuk Nafuzi selaku ketua jurulatih di pentas Piala FA selepas kejohanan itu dibatalkan dua musim berturut-turut di mana kali terakhir skuad ini bergelar juara adalah pada tahun 2011.

Namun, beliau optimis pasukan akan bersedia menghadapi Negeri Sembilan untuk memastikan mereka mampu mengharungi pusingan pertama ini terlebih dahulu meskipun sedar ia bukan tugas yang mudah.

Terengganu dan Negeri Sembilan menjadi satu-satunya perlawanan antara pasukan Liga Super untuk pusingan pertama ini dan dijangka akan menjadi pertembungan menarik dalam perebutan ke pusingan seterusnya.

“Kami akan bertemu pasukan yang kuat di pusingan pertama jika ingin dibandingkan dengan pasukan-pasukan Liga Super yang lain.

“Jadi, yang penting adalah pasukan perlu melepasi pusingan pertama ini terlebih dahulu sebelum kita mahu fikir lebih jauh dalam saingan ini.

“Sudah dua musim kejohanan Piala FA dbatalkan, jadi ini tugas pertama saya untuk pasukan, dan kalau nak bercakap pasal tekanan, biasalah dalam undian macam-macam boleh berlaku, dan kita perlu fokus untuk pusingan ini terlebih dahulu”, jelasnya.

Disaat Terengganu berdepan laluan sukar, beberapa pasukan Liga Super diatas kerta bertemu dengan lawan yang lebih mudah seperti Selangor bertemu Harini, Sabah menentang Respect dan Johor Darul Ta’zim melawan pemenang antara BRM atau Tun Razak City.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN