Kelayakan Piala Asia: Bahrain, Turkmenistan Halangan Harimau Malaya

Sukar tetapi tidak mustahil. Demikianlah gambaran cabaran yang bakal dihadapi oleh skuad kendalian Kim Pan-gon di pusingan kelayakan Piala Asia selepas keputusan undian dikeluarkan sebentar tadi.

Diundi di dalam Kumpulan E, skuad Harimau Malaya turut akan berhadapan dengan cabaran Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh.

Pasukan negara dijadualkan akan berhadapan Turkmenistan terlebih dahulu pada 8 Jun sebelum menentang Bahrain selang tiga hari kemudian.

Selepas itu pasukan negara akan menutup saingan Kumplan E menentang Bangladesh pada 14 Jun. Semua perlawanan membabitkan pasukan negara akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Sukar tetapi berliku

Beraksi sebagai tuan rumah akan memberi sedikit kelebihan buat pasukan negara. Bahrain dianggap sebagai pasukan terkuat di dalam Kumpulan E tetapi bukanlah lawan yang dianggap asing.

Bahrain kini menduduki ranking ke-91 FIFA dan satu-satunya pasukan yang berada di dalam senarai ‘Top 100’ dalam ranking tersebut.

Kali terakhir pasukan negara berhadapan Bahrain adalah pada 29 Mei tahun lalu dalam perlawanan persahabatan yang kesudahan dengan kekalahan 2-0.

Perlawanan menentang Turkmenistan pula dianggap kabur kerana pasukan negara tidak pernah mempunyai sebarang rekod menentang negara bekas jajahan Soviet itu.

Berada di ranking ke-134 dunia, Turkmenistan pernah menewaskan Lebanon 3-2 dan mengikat pasukan seperti Kuwait dengan jaringan 1-1 di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang lalu.

Bangladesh pula dianggap pasukan paling lemah di dalam Kumpulan E kerana menduduki tangga ke-186 dunia. Kali terakhir skuad Harimau Malaya berhadapan Bangladesh pula adalah pada 20 November 2012 dalam perlawanan persahabatan yang berkesudahan seri 1-1.

Misi ke China

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan yang baharu dilantik, Kim Pan-gon baru-baru ini menganggap sasaran untuk layak ke Piala Asia 2023 di China masih lagi relevan.

Daripada 24 pasukan yang bertanding di pusingan kelayakan kali ini, hanya 11 pasukan akan mara ke China. Juara setiap kumpulan dan lima naib juara terbaik akan menyertai tuan rumah China, dan 11 pasukan lain yang sudah melayakkan diri sebelum ini.

Mini love Harimau Malaya K-pop 2022
FOTO: FAM

Untuk rekod, kali terakhir pasukan negara layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 1980 ketika ianya diadakan di Kuwait. Pada 2007 pula Malaysia layak beraksi selaku tuan rumah bersama kejohanan tersebut yang turut dianjurkan Vietnam, Indonesia dan Thailand.

Ini bermakna untuk memastikan langkah ke China, skuad Harimau Malaya harus memastikan sekurang-kurangnya dua kemenangan daripada saingan Kumpulan E.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN