‘Dituduh Mencurangi Chelsea’ – Kontrak Aubameyang Bakal Ditamatkan

Pierre-Emerick Aubameyang dituduh mencurangi Chelsea selepas beliau didapati terlalu memberi tumpuan kepada Barcelona walaupun beliau masih mempunyai kontrak bersama kelab dari London itu.

Kontrak pemain penyerang itu juga dikatakan bakal ditamatkan walau beliau baru sahaja menyertai Chelsea pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Aubameyang kini sedang melalui detik sukar dalam kariernya terutama selepas beliau kembali ke Premier League walau baru enam bulan sahaja beraksi bersama Barcelona.

Bintang kebangsaan Gabon itu telah ditandatangani oleh Thomas Tuchel dengan kedua-dua mereka merancang mahu mengulangi kegemilangan mereka ketika masih bersama Borussia Dortmund dahulu.

Namun begitu, perancangan mereka sepertinya sedikit terbantut selepas Thomas Tuchel dipecat oleh kelab dengan tempatnya digantikan oleh Graham Potter.

Persembahan beliau jauh merosot dan tidak seperti yang diharapkan dengan Aubameyang terlalu kerap diketepikan dari skuad utama di bawah kendalian pengurus baharu.

Dek kerana beliau tidak mendapat tempat, ramai pihak yang menjangkakan beliau bakal kembali ke Barcelona pada jendela perpindahan Januari yang lalu.

Walau bagaimanapun, hal tersebut tidak berlaku dengan Aubameyang terus kekal memanaskan bangku simpanan di Stamford Bridge.

Atas alasan itu jugalah Aubameyang terus tidak mendapat minit permainan yang mencukupi dan menyebabkan beliau semakin tidak gembira bersama Chelsea.

Potter sementara itu tidak begitu menggunakan khidmat bekas bintang Arsenal itu walaupun skuadnya sendiri sedang bergelut dengan masalah prestasi.

Skuad kendalian Graham Potter itu dilihat sangat bergelut untuk mendapatkan jaringan dan ramai peminat turut sempat mempersoalkan mengapa beliau tidak mahu menggunakan khidmat Aubameyang.

Dan dek kerana tidak mendapat tempat, maka Aubameyang sepertinya mempunyai terlalu banyak masa terluang dan beliau sepertinya memanfaatkan masa yang ada dengan melawat bekas kelabnya.

Aubameyang dilihat berpesta bersama seluruh kem Barcelona meraikan kejayaan mereka menewaskan Real Madrid pada hujung minggu lalu.

Beliau bahkan turut berada di dalam bilik persalinan Barcelona untuk meraikan kejayaan bekas rakan sepasukannya itu memenangi aksi El-Clasico.

Menurut sumber laporan dari Goal, kunjungan Auba ke bilik persalinan Barcelona itu sepertinya tidak diterima dengan baik oleh Chelsea dan menyebabkan The Blues bakal tamatkan kontraknya pada musim panas ini.

Laporan sama turut mendakwa yang Chelsea sebenarnya mahu segera tamatkan kontrak Auba, namun mereka memilih untuk menyimpan bintang Gabon itu hingga akhir musim ini.

Hal ini kerana pihak kelab merasakan yang Auba mungkin berguna untuk mereka andai berlaku sebarang kecemasan sebelum tamat musim ini nanti.

Namun begitu, Graham Potter sendiri sepertinya tidak akan menggunakan khidmat pemain berusia 33 tahun itu dengan beliau turut menyingkirkan nama pemain penyerang itu dari skuadnya dalam saingan Champions League.

Aubameyang juga hanya turut membuat 18 penampilan sahaja bersama Chelsea setakat ini dengan 12 darinya dalam saingan Premier League.

Beliau menyertai Barcelona pada Januari 2022 selepas kontraknya bersama Arsenal ditamatkan dengan Auba berjaya menjaringkan 13 gol dari 23 penampilan bersama gergasi Catalan itu.

Melihat kepada pencapaiannya, tidak akan mengejutkan sama sekali andai Xavi akan mengalu-alukan kepulangan semula beliau ke bumi Nou Camp pada musim panas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN