Dituduh Manipulasi Akaun Dan Pasaran, Presiden Juventus Serta Seluruh Lembaga Pengarah Letak Jawatan

Andrea Agnelli Juventus

Presiden Juventus, Andrea Agnelli telah meletakkan jawatan mereka dalam kelab bersama seluruh ahli lembaga pengarah selepas berdepan tuduhan penipuan akaun dan manipulasi pasaran sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Keputusan secara kolektif tersebut dibuat selepas laporan penyata kewangan Juventus telah disiasat oleh pendakwa raya dan penyelia pasaran Itali, Consob di atas salah laku pengurusan kelab Serie A berkenaan.

Juventus sebelum ini melaporkan kerugian tahunan bernilai €254 juta (RM1.18 bilion) pada musim lalu, menjadikan ia kerugian terbesar dalam sejarah kelab.

“Bagi mempertimbangkan fokus dan segala kaitan mengenai isu perundangan dan perkaunan-teknikal yang belum selesai, pihak pengurusan tertinggi kelab telah mengesyorkan agar Juventus melantik Lembaga Pengarah yang baharu sebagai langkah terbaik bagi menangani isu ini,” ujar kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

Bersama Agnelli, naib presiden kelab Pavel Nedved turut menawarkan untuk melepaskan jawatannya, begitu juga dengan pengarah eksekutif Maurizio Arrivabene.

Namun pihak kelab telah meminta kedua-dua mereka kekal di posisi masing-masing bagi memastikan penyerahan tugas kepada barisan lembaga pengarah yang baharu dapat dilaksanakan dengan baik.

Antara ahli lembaga pengarah lain yang melepaskan jawatan masing-masing adalah Laurence Debroux, Massimo Della Ragione, Katryn Fink, Daniela Marilunga, Francesco Roncaglio, Giorgio Tacchia dan Suzanne Keywood.

Agnelli telah bersama Juventus sejak 2010 dan merupakan watak utama yang cuba untuk menubuhkan Liga Super Eropah (ESL) yang gagal ditubuhkan pada tahun lalu.

Juventus juga kini sedang bergelut dengan prestasi dan sudah dua musim terlepas kejuaraan Scudetto kepada Inter dan AC Milan.

Skuad Old Lady kini menduduki tangga ketiga dalam saingan liga, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Napoli.

Kempen mereka di Eropah juga menghampakan apabila gagal lolos dari saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan terhumban ke Liga Europa (UEL).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN