Benar kata orang, Glasgow Rangers ialah gergasi yang sedang tidur.
Sebastian Thill menjaringkan gol kemenangan buat Progres Niederkorn pada minit ke-75. Wakil Luxembourg itu menewaskan Glasgow Rangers dengan agregat 2-1.
Sebelum itu, Emannuel Francoise menjaringkan gol pendahuluan perlawanan pada minit ke-66. Pada ketika itu, agregat terikat 1-1.
Ranap
Bekalan gol Rangers di laman sendiri minggu lepas tidak membantu kelab itu. Gol tunggal kelab Scotland itu dijaringkan oleh Kenny Miller.
Rangers layak beraksi dalam saingan UEFA Europa League musim ini kerana meraih tempat ketiga Scottish Premiership musim lepas. Manakala, Progres Niederkorn menduduki tangga keempat liga Luxembourg.
Maka dengan kekalahan ini, Glasgow Rangers tersingkir daripada saingan. Manakala Progres Niederkorn akan djadualkan bertemu sama ada St Joseph’s (Gibraltar) atau AEL Limassol (Cyprus) untuk pusingan kedua kelayakan.
Memalukan
Kekalahan Rangers ini telah membuatkan reputasi kelab itu bertambah calar. Walhal, kurang 10 tahun yang lalu, mereka bersaing dalam UEFA Champions League.
Namun mereka mendapat tempat ketiga kumpulan E. Mereka disingkirkan dan diberikan laluan ke UEFA Cup.
Rangers memanfaatkan ruang itu dan mara ke final kejohanan itu. Tetapi, mereka ditewaskan oleh Zenit St. Petersburg dalam perlawanan akhir.
Sumber:
BBC Sport (2017): Progres Niederkorn 2-0 Rangers; http://www.bbc.com/sport/football/40475647
UEFA (2017): Rangers 1-0 Progres; http://www.uefa.com/uefaeuropaleague/season=2018/matches/round=2000886/match=2021739/match-info/index.html