Bekas pemain Manchester United yang kini bersama-sama Juventus, Paul Pogba kini ditawarkan untuk menyertai revolusi bola sepak di Arab Saudi dengan menyertai Al-Ittihad.
Pemain tengah Perancis itu berpeluang untuk bersama-sama rakan senegara iaitu N’Golo Kante dan Karim Benzema yang mewakili kelab Arab Saudi itu dengan tawaran menarik.
Menurtu Football Italia, Pogba dikatakan menerima tawaran hebat untuk berhijrah ke Asia namun begitu pemain tersebut dikatakan tidak berminat ke sana walaupun berpeluang untuk bergabung semula dengan Kante dan Benzema.
Hal ini dikatakan, Pogba ingin membetulkan segala yang silap di Juventus kerana selepas kembali semula ke pasukan tersebut, pemain tengah itu mengalami pelbagai masalah untuk mengembalikan prestasinya.
Yang paling ketara adalah masalah kecederaan yang tidak henti-henti berlaku kepada pemain tersebut hinggakan pada musim lalu Pogba tidak dapat bermain kerap.
Oleh itu, Pogba bersedia untuk kembali menyinar bersama-sama Juventus dengan harapan pemain itu dapat mula mengetuk semula pintu skuad kebangsaan Perancis menjelang kejohanan EURO 2024 di Jerman.
Pogba juga mungkin akan melepaskan peluang seumur hidup untuk ke sana kerana ketika ini begitu ramai pemain berhijrah ke Arab Saudi termasuklah menyertai Al-Ittihad.
Selain Benzema dan Kante, kelab itu juga mendapatkan bekas pemain Celtic iaitu Jota serta mendapatkan Nuno Espirito Santo sebagai pengendali.