Ditamatkan Penajaan Bersama adidas, Ozil Fokus Jenama Sendiri

Mesut Ozil

Pemain Jerman, Mesut Ozil telah sah akan ditamatkan penajaan bersama Adidas bernilai £22 juta (RM118 juta) pada hujung musim ini, sekaligus mengakhiri kerjasama selama lebih tujuh tahun dengan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun ejen Ozil, Dr. Erkut Sogut menegaskan pemain tengah Arsenal itu masih kekal sebagai salah seorang atlit sukan yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi di seluruh dunia dan mahu memberi tumpuan untuk membangunkan jenamanya sendiri.

Spekulasi media di Jerman melaporkan, pemain berusia 31 tahun itu ‘disingkirkan’ oleh Adidas disebabkan isu imej susulan beberapa kontroversi yang timbul sebelum ini dan juga faktor impak kewangan terhadap syarikat pakaian sukan dari Jerman itu.

Ozil sebelum ini pernah menimbulkan kemarahan warga Jerman yang tidak berpuas hati dengan hubungan baiknya bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogen dan secara terbuka menentang tindakan kerajaan China menindas etnik Muslim Uighur.

“Dengan pengaruhnya, esok pun dia boleh tandatangan perjanjian baharu [dengan jenama lain]. Kamu bayangkan dengan pengaruh yang ada padanya, dia boleh jual apa-apa jenama but sekalipun. Tidak ada mana-mana pemain Liga Perdana Inggeris [EPL] yang mampu menyamai tahapnya,” kata Erkut ketika ditemubual ESPN.

“Adidas pun tahu, dia sudah pun usahakan jenamanya sendiri, tetapi kami tidak boleh memasarkan jenama tersebut terlalu banyak kerana sebelum ini masih terikat perjanjian dengan Adidas. Tetapi kami tahu pasaran memang sudah ada.

“Contohnya setahun lepas, kami cuba menjual topi dan baju-t dan jumlah yang sedikit, ianya terjual habis hanya dalam masa satu jam! Jadi kami lihat masa yang tepat untuk membangunkan jenama sendiri adalah ketika masih aktif bermain.

“Sebahagian pemain bola sepak cuba untuk mencipta jenama mereka selepas mengakhiri karier mereka tetapi kami rasa waktu itu sudah terlewat.”

Jenama sukan dan kasual milik Ozil dipanggil ‘M10’. Beliau baru-baru ini telah melancarkan kedai sukan dalam talian dan merancang untuk mengembangkan lagi pasaran jenamanya itu dalam masa beberapa bulan akan datang.

“Orang ramai boleh membuat pelbagai spekulasi mengenai penamatan kontrak penajaan itu, tetapi hakikat sebenarnya Mesut yang mahu promosi jenamanya sendiri.

“Sekarang apabila kontrak bersama Adidas sudah tamat, semua perancangan sudah ‘bebas’ untuk dilaksanakan. Bukan hanya jenama M10, jenama lain pun boleh bekerjasama dengannya jika dia mahu.”

Kredit Foto: m10_official

Baca jug artikel kami yang lain mengenai Mesut Ozil:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN