Disebalik Jenaka ‘Ingatkan Bojan Datang’, Akram Mahinan Tonggak Tengah Paling Berpengaruh KL City

Akram Mahinan KL City juara Piala AFC zon Asean 2022
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Semalam, pemain tengah KL City, Akram Mahinan membuat ciapan jenaka mengenai pemain lawan yang dikatakan amat mirip kepada Bojan Hodak.

“Terkejut sekali datang tu ingatkan Bojan”

Ciapan di Twitternya itu dibuat bersama sekeping foto yang menunjukkan penyerang, Wiljan Pluim sedang membuat tekanan ke atasnya di padang.

Ia telah mendapat pelbagai reaksi di ruangan Twitter sehingga ada yang mengatakan pemain itu berani berjenaka tentang Bojan kerana pengendali KL City itu tidak memiliki akaun Twitter. Ada pula yang berjenaka semula mahu maklumkan kepada Bojan mengenai jenaka yang dibuatnya itu.

Walau apa pun jenaka yang dibuat oleh Akram, beliau sebenarnya antara instrumen penting Bojan bersama KL City terutamanya dalam pentas final zon Asean Piala AFC 2022 yang menyaksikan KL City menumbangkan wakil Indonesia, PSM Makassar 5-2 dan muncul sebagai juara zon Asean.

Ini menyaksikan KL City adalah pasukan terkuat Asean dan bakal bertemu juara East Asia, ATK Mohun Bagan di semifinal inter-zon pada 7 September.

Akram buktikan jentera tengah hidup dengannya

Bojan Hodak menletakkan formasi asas 4-3-1-2 berdepan PSM Makassar yang menggunakan formasi 3-5-2. Walaupun lawan mungkin tampak memadatkan jentera tengah, Akram masih mampu bernafas untuk menghidupkan jentera tengah The City Boys dalam perlawanan tersebut.

KL City PSM Makassar Piala AFC 2022 final zon Asean
FOTO: The AFC

Di saat rata-rata pemain daripada kedua-dua pasukan membuat 20 ke 30 hantaran sepanjang 90 minit beraksi, Akram adalah yang tertinggi, malah melakar 52 hantaran dengan 88.5 peratus ketepatan, serta merekodkan 82.8 peratus ketepatan hantaran ke dalam kawasan lawan pada malam itu.

Hampir semua hantarannya adalah hantaran pendek – 44 daripadanya.

Tugasnya adalah meneutralkan serangan lawan dan menggerakkan bola dan pasukan untuk kembali menyerang dengan hantaran-hantaran mudah.

Selain itu, beliau juga melakukan tugasan bertahan apabila menang lima daripada 10 perebutan bola di padang – kurang dua daripada rakan di jentera tengah, Zhafri Yahya yang menang tujuh daripada 11 perebutan.

Walaupun sentiasa ada yang mencemuh aksinya di padang yang dikatakan seperti tidak berfungsi, tetapi ternyata statistik membuktikan sebaliknya.

Kenapa Akram sentiasa terima cemuhan?

Ada yang mengatakan beliau tidak berfungsi. Tetapi berdasarkan statistik berdepan PSM Makassar, beliau yang paling banyak menggerakkan bola di tengah padang dengan hantaran pendek dan tepat. Mungkin mereka tidak memahami sepenuhnya peranan dimainkan Akram dalam perlawanan.

Jika anda mahukan hantaran memukau dan ledakan gol darinya seperti Safiq Rahim, anda mungkin tidak akan dapat daripada permainannya.

Beliau adalah antara pemain tengah terbaik dimiliki Malaysia, namun sering dilupakan. Ia berlaku ketika Piala AFF Suzuki 2020 di mana beliau tersisih.

Kita sedia maklum, Malaysia tidak membawa pemain yang ‘cukup’, malah, Tan Cheng Hoe juga tidak mahu menggantikan kedua-dua pemain tengah bertahan yang mengalami kecederaan. Ini khilaf terbesar Cheng Hoe.

Malah Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam dalam aksi peringkat kumpulan ketika itu disebabkan jentera tengah yang longgar terutamanya di zon 14 – zon yang dikawal oleh pemain seperti Akram. Malaysia ‘bocor’ di zon itu dalam ketiga-tiga situasi gol yang dicipta oleh Vietnam pada malam itu.

Disebalik cemuhan, Akram adalah pemain yang sentiasa positif menerima pandangan. Malah, aksinya sentiasa baik bersama KL City walaupun sudah agak lama terpinggir daripada panggilan skuad kebangsaan. Dan dengan ketiadaan Syamer Kutty Abba, adakah beliau layak dipanggil semula?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN