Disebabkan Mulut Isteri, Bravo Ditendang Daripada ‘Group’ WhatsApp

Dalam 3 musim terakhir ini, Bravo kerapkali kehilangan tempat. Bermula dengan kehilangan dari pasukan utama Barcelona.

Bravo kemudiannya kehilangan tempat daripada pasukan utama pada akhir musim lalu dan awal musim ini. Kali ini Bravo dilaporkan kehilangan tempat dalam kumpulan WhatsApp pemain-pemain Chile pula.

Dilaporkan, kumpulan WhatsApp pemain-pemain Chile dalam keadaan tegang selepas kegagalan mereka ke Piala Dunia 2018.

Hal ini kerana isteri Bravo dengan beraninya menggunakan instagram menyelar pemain-pemain Chile sebagai tidak profesional.

Dia menulis ramai pemain Chile yang pergi berparti dan mabuk. Itulah sebab kenapa mereka tidak berlatih dengan baik.

“Terima kasih Kapten Amerika, dia atas segala pengalaman anda. Ianya sangat indah. Tetapi, apabila kamu menyarung jersi itu (Chile), hendaklah bersikap profesional.”

“Saya tahu ramai antara mereka yang buat hal, ada yang pergi berparti, ada yang tidak hadir ke pusat latihan kerana mabuk.”

“Jika kapten cergas, teruskan menyarung jersi itu dan berhenti menangis. Kerana buat masa ini, seluruh negara sedang menangis.”

https://www.instagram.com/p/BUQhy6Uj5Bc/

Kenyataan isteri Bravo ini membuatkan beberapa pemain marah dan tidak sepatutnya dia berbuat demikian.

La Tecers melaporkan, kumpulan whatsApp yang disertai oleh Bravo, Arturo Vidal, Gary Medel, Gonzalo Jara dan Jean Beausejour awalnya telah menendang Bravo. Tidak lama selepas itu, kumpulan itu dipadam.

Kini pemain-pemain Chile ada ‘group’ baru diberikan nama La Roja Sin Sapos. Pentadbir kumpulan tersebut dikatakan tidak memasukkan (add) Bravo di dalam kumpulan tersebut.

Nama kumpulan tersebut pun agak kejam, jika diterjemahkan, ianya bernama Sang Merah (The Reds) Tanpa Si Katak. Adakah pemain-pemain Chile melabel Bravo dengan nama katak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN