Saban tahun, kualiti jersi pasukan-pasukan Liga Malaysia semakin meningkat.
Bukan setakat daripada kualiti kain yang digunakan, tetapi corak yang dipakai juga semakin cantik dan membuatkan lebih ramai orang mahu mendapatkannya walaupun bukanlah penyokong satu-satu pasukan itu.
Cantiknya jersi sesebuah pasukan pastinya mampu menjadi daya penarik memandangkan jualan jersi adalah salah satu sumber untuk memenuhkan kantung pasukan.
Bukan setakat itu, malah ianya telah menyebabkan pasukan-pasukan negara mula dipandang luar disebabkan cantiknya jersi yang dipakai.
Disangka buruk tetapi lawa
Baru-baru ini telah tular seorang penstrim atau streamer di laman Twitch mempamerkan jersi Terengganu ketika siaran langsungnya.
Danny Aarons, seorang penstrim Twitch dari England baru-baru ini telah memperoleh jersi Terengganu dan dipersembahkan ketika siaran langsungnya.
Pada mulanya, beliau tidak berasakan yang jersi itu adalah cantik dengan Aarons mengatakan ianya “busuk”.
“Apa itu? Saya rasa ianya adalah jersi yang busuk,” kata Aarons.
Aarons berkata demikian ketika beliau tidak melihat dengan sepenuhnya jersi tersebut. Namun apabila sudah melihat keseluruhannya barulah beliau sedar keindahan jersi itu.
“Apakah ia… Ianya cukup hangat! Saya sukakannya, ini adalah jersi yang W [W bermaksud menang/win]. Tetapi saya tak tahu jersi apa ni,” ujar Aarons lagi.
⚫️⚪️ pic.twitter.com/lV1sj4ZhR9
— sidcat (@yoyoiweg) July 20, 2022
Aarons kemudiannya bertanyakan kepada penontonnya sama ada Terengganu ada dalam permainan FIFA 22 – barangkali kerana beliau mahu gunakan jersi itu dalam pasukan FIFA Ultimate Teamnya.
Malang sekali tiada sebarang pasukan Malaysia dalam permainan FIFA.
Jersi yang diperoleh Aarons itu adalah jersi ketiga Terengganu pada musim ini yang mengenakan corak hitam dan juga turquiose.
Ianya semenangnya dianggap sebagai antara jersi tercantik Liga Malaysia pada musim ini.