Kalvin Phillips Menegaskan Yang Beliau Tak Akan Pernah Sudi Sertai Man United

Kalvin Phillips menegaskan yang beliau tidak akan pernah sudi untuk meneruskan karier bola sepaknya bersama Manchester United.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut kerana memikirkan kesetiaan beliau kepada bekas kelabnya, Leeds United.

Selepas beberapa bulan beliau hangat dikaitkan dengan perpindahan meninggalkan Leeds United, pemain midfield berusia 26 tahun itu akhirnya memilih untuk menyertai juara bertahan saingan Premier League, Man City.

Pemain kebangsaan England itu menandatangani kontrak selama enam tahun bersama The Citizens dan beliau jelas sekali sangat gembira dapat menyertai skuad kendalian Pep Guardiola itu.

Phillips percaya yang Man City merupakan kelab berkelas dunia dan mempunyai kemudahan latihan yang sangat berkualiti tinggi.

Beliau bahkan turut menganggap yang kejayaan beliau melengkapkan perpindahan menyertai Leeds seolah-olah mimpi yang menjadi kenyataan.

Walau bagaimanapun, beliau sebenarnya sudah hampir untuk menyertai Manchester United pada awal jendela perpindahan musim panas ini dibuka.

Terdapat juga laporan pada April lalu yang menyatakan bahawa Man United sebenarnya sudah hampir pasti untuk mendapatkan Kalvin Phillips pada ketika itu.

Ketika Erik ten Hag diumumkan sebagai pengurus kelab, pengurus dari Belanda itu menegaskan yang pemain di posisi defensive midfielder merupakan keutamaan beliau untuk ditandatangani.

Manchester United kemudiannya telah menjadikan Frenkie de Jong sebagai pemain sasaran utama mereka dan mereka turut tidak pedulikan pemain lain selain dari bintang Belanda itu.

Ketika Man United lalai dengan usaha mereka mengejar De Jong, Man City tampil untuk membuat bidaan dan tawaran mereka segera diterima oleh Leeds United.

Selepas membuat 234 penampilan bersama Leeds United, Phillips akhirnya bersetuju untuk meninggalkan kelab dan menyertai The Citizens.

Kalvin Phillips baru-baru ini telah mengesahkan yang Man United sebenarnya pernah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

Phillips mendedahkan yang beliau berbangga dengan hal tersebut namun urusan perpindahan itu tidak mungkin akan berlaku.

“Sertai United? Tidak, tidak pernah ada ruang untuk saya pergi sertai mereka.”

Jelas Kalvin Phillips kepada Manchester Evening News.

“Kamu tahu kesetiaan saya kepada Leeds, keluarga saya juga begitu, mereka semua penyokong Leeds. Saya gembira kerana Man United mahukan saya, mereka memang kelab yang besar. Antara kelab terbesar dalam dunia bola sepak.”

“Tapi tak, saya perlu kekal setia dengan Leeds dan kerana itulah saya Manchester yang lagi satu.”

Tambah Phillips lagi.

“Itulah cara saya sendiri, cara bagaimana saya fikir, dan memang itulah akan kekal selamanya. Saya mahu setia kepada mereka yang beri saya peluang terbesar dalam dunia. Leeds merupakan kelab pertama yang menandatangani saya, saya akan pastikan itu dan itulah apa yang akan saya lakukan.”

Hal itu sudah cukup untuk menjelaskan yang Phillips sememangnya tiada hasrat mahu menyertai Man United kerana beliau menghormati bekas kelabnya, Leeds United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN