Diramal Bakal Tersingkir Sebelum Musim, Leicester City Kini Juara Premier League

Tiada cerita lebih mengharukan daripada cerita bagaimana Leicester City menjuarai Premier League musim 2015/2016.

Diramal sebagai salah satu pasukan pilihan yang bakal tersingkir dari Premier League dan diberi peluang 5,000-1 oleh ejen perjudian sebelum musim bermula, Leicester merangkul kejuaraan Premier League buat kali pertama dalam sejarah kelab mereka selepas pesaing terdekat, Tottenham gagal menewaskan Chelsea awal pagi tadi.

Spurs perlu menang di Stamford Bridge untuk memanjangkan naratif perebutan kejuaraan liga selepas Leicester meraih 1 mata berharga dengan seri 1-1 menentang Manchester United di Old Trafford.

Sebaliknya Spurs hanya mampu seri 2-2 dalam perlawanan yang menyaksikan 12 pemain diberikan kad kuning, 9 daripadanya diterima pemain Spurs.

Melakukan sesuatu yang mustahil

Mana-mana penganalisis bola sepak tidak menjangka peristiwa ini bakal berlaku kepada Leicester.

Pasukan sama yang menghabiskan 140 hari di dasar Premier League dan nampak bakal tersingkir ke Championship pada musim lepas sebelum menang 7 daripada 9 perlawanan di bawah Nigel Pearson untuk kekal selamat.

Ini juga pasukan sama yang ditertawakan mana-mana pemerhati bola sepak apabila Claudio Ranieri – pengurus yang gagal bersama skuad kebangsaan Greece – mengambil alih tugas Nigel Pearson pada musim panas 2015.

Maka tak hairanlah apabila banyak agensi perjudian menjadikan Ranieri sebagai pilihan pengurus pertama untuk dipecat sebelum musim 2015/2016 bermula.

Tetapi Ranieri tidak melatah. Sebaliknya beliau hanya berdiam diri dan bekerja keras mengtransformasikan Leicester menjadi pencabar kejuaraan liga.

Beliau mengubah sasaran musim Leicester secara berperingkat-peringkat. Bermula dengan mensasarkan 40 mata untuk kekal selamat, Ranieri kemudiannya menyasarkan kelayakan ke Eropah. Kemudian menyasarkan tempat ke UEFA Champions League.

Dan kini, Ranieri berjaya melakukan sesuatu yang dianggap mustahil oleh penulis buku Soccernomics – iaitu menjuarai liga dengan bajet gaji ke-17 terbesar dalam liga.

Sebelum ini seperti yang dicadang oleh statistik dan penulis buku Soccernomics, untuk menjadi juara liga sesebuah pasukan perlu berbelanja besar dari segi gaji pemain.

Ranieri akhirnya menjuarai liga

Kejayaan Leicester adalah naratif sama dari era yang berbeza. Nottingham Forest adalah pemenang kali pertama liga teratas England yang terakhir (pada 1978).

Pada umur 64 tahun, Ranieri – lelaki sama yang digelar Jose Mourinho sebagai ‘lelaki yang mempunyai mentaliti orang yang tak mahu menang – akhirnya berjaya menjadi juara liga. Beliau pernah muncul naib juara liga bersama Chelsea pada 2004, dua kali naib juara di Serie A dan sekali di Ligue 1.

Baca juga: Angkara Ulat Tiket, Harga Tiket Perlawanan Leicester Naik Dari RM250 Kepada RM41,000

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN