Laman Web CaughtOffside.com Pecat Penulis Selepas Mengutuk Wojciech Szczesny

Bagi sebuah laman web bola sepak antarabangsa yang bebas dan berkecuali, Caught Offside tidak sepatutnya menjadi perhatian pemain bola sepak profesional atas sebab yang salah. Tetapi inilah yang berlaku kepada mereka semalam.

Salah seorang penulis mereka, Bernard Thompson menulis sebuah artikel yang bertajuk: Picture: Stupid Arsenal stopper Wojciech Szczesny shares photo of goalkeeping gaffe.

Isi artikel Thompson tersebut sememangnya kosong dan tidak berilmiah. Ia hanya menceritakan betapa ‘bodohnya’ Wojciech Szczesny kerana menyelamatkan bola yang kelihatan sudah tersasar dari pintu gol.

Thompson menulis:

“Post Instagram terbaru Szczesny mencadangkan beliau telah mencapai tahap kebodohan terbaru selepas berpindah ke Itali pada musim panas lepas. Post ini sepatutnya menjadi gambar aksi yang mengagumkan, tetapi lihatlah dengan lebih dekat…

Bola tersebut sudahpun tersasar! Bukannya tersasar sedikit, ia jauh tersasar! Kenapa Szczesny beria-ria menyelamatkan bola tersebut? Dan kenapa beliau memuatnaik gambar memalukan ini di media sosial?”

Artikel Thompson ini mendapat perhatian penjaga gol Arsenal yang sedang dipinjamkan ke AS Roma apabila beliau memuat naik status di Facebook untuk mengkritik tahap penulisan laman web dari England tersebut.

Status tersebut bagaimanapun telah dipadam selepas Caught Offside bertindak memecat penulis artikel tersebut dan memohon maaf kepada Szczesny.

Caught Offside menulis:

“Kami telah memecat penulis Bernard Thompson.

Sebuah artikel yang ditulis dan disiarkan oleh beliau nyata tidak menepati mutu editorial kami, dan ditujukan untuk mengutuk penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny tanpa fakta yang jelas.

Kami menggalakkan penulis kami mengekspresikan pendapat mereka, tetapi cubaan Bernard ini hanyalah cubaan tidak profesional untuk memalukan Szczesny.

Artikel beliau juga mengandungi sebuah fakta yang tidak tepat.

Caught Offside ingin memohon maaf kepada Szczesny dan pembaca yang lain. Kami berpendapat Bernard menulis artikel ini kerana beliau merupakan penyokong Chelsea.”

Szczesny menerima permohonan maaf laman web tersebut, menurut status Facebook terbarunya.

Baca juga: Gary Neville Memberitahu Apa Kesilapan Penjaga Gol Arsenal Dengan Bantuan Jamie Carragher

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN