Dipukul Oleh JMF, Penyokong KL City Buat Laporan Polis

KL City

Seorang penyokong Kuala Lumpur City (KL City) telah membuat satu laporan polis selepas dia mendakwa dipukul oleh pihak keselamatan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) ketika perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini.

Penyokong tersebut kemudiannya mengesyaki pihak Johor Military Force (JMF) yang memukulnya pada perlawanan tersebut.

Laporan tersebut yang dibuat di Kuala Lumpur selepas individu terbabit pulang ke Ibu Kota lalu melakukan aduan di Sungai Besi.

Tindakan membuat laporan itu kemudiannya disahkan oleh Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin.

“Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur berkaitan seorang lelaki telah dipukul semasa menonton perlawanan bola sepak akhir Piala FA antara JDT dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. Mangsa mengesyaki telah dipukul oleh Johor Military Force (JMF)

“Mangsa telah pulang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan dan telah ditahan di wad HUKM. Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala, pendarahan di mata kanan serta lebam di seluruh badan,” kata Rahmat menerusi kenyataan yang dikeluarkannya.

 

Rahmat juga mengatakan yang kes ini masih lagi dalam siasatan dan beliau amat menghargai orang ramai yang hadir ke depan bagi membantu siasatan ini.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang berbahaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN