Sebuah media Perancis baru-baru ini turut melaporkan hala tuju baharu bintang Vietnam, Nguyen Quang Hai. Menurut Sport, juara lapan kali Ligue 1, FC Nantes turut berminat mendatangkan pemain perancang itu untuk saingan musim hadapan.
Sebenarnya minat Nantes terhadap Quang Hai bukanlah kebetulan. Kelab yang turut dikenali sebagai Les Canaris (Sang Kenari) itu bakal kehilangan beberapa pemain utama pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Kolo Muani misalnya telah mengikat pra kontrak dengan Eintracht Franfurt. Manakala Moses Simon dan Ludovic Blas kini sedang diintai rapat oleh pendahulu Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG) dan kelab-kelab dari Premier League.
Ini bermakna Nantes perlu mencari sekurng-kurangnya dua pemain menyerang tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Situasi tersebut dipercayai menjadi salah satu sebab pemantau bakat dan bahagian rekrut kelab beralih kepada Quang Hai.
Mahu beraksi di luar negara
Nguyen Quang Hai adalah pemain utama yang menjadi kebangkitan bola sepak Vietnam di bawah kendalian jurulatih Korea Selatan, Park Hang-seo.
Baru-baru ini pemain itu dilaporkan akan meninggalkan Hanoi FC selepas rundingan kontrak baharu yang akan tamat pada 12 April hadapan gagal dipersetujui dengan pihak kelab.
#News| 🇻🇳Vietnamese star, Nguyen Quang Hai (1997) official leaves Hanoi FC after March 12.
On March 14, Quang Hai and Hanoi FC had the final negotiation on the contract extension. But the negotiations have broken down because Quang Hai wants to challenge abroad.#VLeague pic.twitter.com/RNT0PczRnr
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) March 15, 2022
Kelantangan pemain itu yang menyatakan hasrat untuk mencari pengalaman baharu di luar negara juga memberi indikasi beliau sudah bersedia untuk meninggalkan V-League.
Perjanjian lisan dengan Nantes?
Menurut sumber kepada laporan itu, pemain yang telah melakukan 29 penampilan bersama pasukan negaranya sudah pun mempersetujui kontrak bersama Nantes secara lisan.
Kontrak pemain itu dengan kelab asalnya Hanoi FC dilaporkan akan tamat pada minggu hadapan, dan pemain itu dijangka akan melakukan pengumuman mengenai masa depannya selepas itu.
Quang Hai pada hari ini dilaporkan mempunyai nilai pasaran €400,000 (RM1.8 juta). Nilai tersebut pasti akan meningkat naik sekiranya pemain itu berjaya membuktikan kemampuan dirinya di Ligue 1 sekali gus bakal menjadi antara pemain paling mahal dari rantau Asia Tenggara.
FC Nantes : le « Messi vietnamien » sur les tablettes des Canaris https://t.co/OV8oZCSDSZ uầy cũng chấp nhận cái biệt danh messi vietnam luôn
— na (@qileena) April 6, 2022
Ejen pemain itu, Dac Han bagaimana pun enggan mengesahkan khabar angin pemain itu akan ke Nantes, tetapi mengesahkan rundingan masih lagi dilakukan.
“Buat masa ini saya tidak boleh berkata apa-apa. Saya juga enggan memberi respon kepada laporan media kerana belum ada apa-apa telah diputuskan setakat ini.
“Pihak media boleh menyiarkan apa sahaja maklumat, itu kerja mereka. Tetapi saya tidak boleh mengesahkan apa-apa lagi setakat ini.”