Dion Cools Lengkapkan Perpindahan Kembali Ke Liga Belgium

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Johan Cools kini sah kembali ke Jupiler Pro League untuk menyertai SV Zulte Waregem.

Perjanjian perpindahan tersebut adalah secara pinjaman daripada kelab asal pemain itu, FC Midtjylland dan buat masa ini pemain ter1sebut akan memperkuatkan SV Zulte Waregem sehingga ke akhir musim.

Jupiler Pro League, yang merupakan divisyen teratas Liga Belgium bukanlah saingan yang asing buat Cools.

Dion Cools itu merupakan produk OH Leuven, dan turut pernah beraksi bersama Club Brugge daripada musim 2015 sehingga 2018 sebelum berhijrah ke Denmark untuk bersama Midtjyiland

Tampil di dalam 12 perlawanan liga untuk FC Midtjylland pada musim ini, tujuh daripada penampilan Cools bersama Midtjylland adalah daripada bangku pemain simpanan.

Perpindahan ke SV Zulte Waregem pula diharapkan mampu membantu Cools mendapatkan minit perlawanan yang lebih banyak selepas ini.

Kembalinya Cools ke Jupiler Pro League kini bermakna pemain itu berpotensi berhadapan dengan rakan senegara, Luqman Hakim Shamsuddin yang kini bersama KV Kortrijk.

SV Zulte Waregem kini menduduki tangga ke-16 daripada 18 pasukan bertanding di Jupiler Pro League dan kedatangan Cools diharapkan dapat membantu pasukan itu mengelak daripada penyingkiran pada musim ini.

Cools adalah seorang pemain versatile yang mampu beraksi di beberapa posisi berbeza. Selain daripada posisi bek kanan yang menjadi pilihannya, Cools telah membuktikan diri mampu beraksi sebagai bek tengah, pemain sayap, dan pemain tengah bertahan.

Kemampuan beliau beraksi di beberapa posisi berbeza dilihat memberi nilai tambah kepada diri dan pasukan yang diwakilinya.

Sehingga kini Dion Cools telah melakukan empat penampilan bersama skuad Harimau Malaya, termasuk satu perlawanan Piala AFF 2020 ketika tewas kepada Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN