Sikh Izhan Gembira Berlatih Di CF Fuenlabrada, Mahu Kekal Lebih Lama

sikh izhan nazrel sikh azman

Pemain negara yang kini berada di Sepanyol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman mengakui latihan yang diterima beliau setakat ini disana memberikan manfaat kepada permainannya.

Beliau yang kini berlatih bersama-sama kelab divisyen dua Sepanyol, CF Fuenlabrada mengakui banyak perkara yang dirinya telah peroleh dan mahu mengambil sebanyak mana ilmu yang mampu.

“[Latihannya] bagus dan berintesiti tinggi dan saya rasa saya akan belajar pengalaman baharu di sini.”

“Dalam masa beberapa minggu ini, saya turut berharap akan dapat belajar lebih banyak lagi perkara di sini termasuk budaya di Sepanyol.”

Izhan berasakan perubahan intesiti yang ketara dari segi bola sepak Sepanyol dan Malaysia. Walaupun beliau masih dikira ‘mentah’ di negara orang, tetapi Izhan gembira kerana rakan sepasukannya di sana mengalu-alukan kehadirannya.

Dalam masa yang sama, Izhan turut kagum dengan kualiti fasiliti latihan yang disediakan di CF Fuenlabrada baik padang latihan mahu pun stadium.

“Pada saya kelab ini kelab yang cukup baik dan mempunyai budaya yang bagus. Kelab ini juga turut mempunyai pusat latihan yang cukup moden dan ia cukup berbeza dengan di Malaysia.”

“Saya paling sukakan stadium di sini. Saya berharap saya dapat kekal lebih lama di sini untuk mengenali tempat ini dengan lebih lagi.”

Untuk rekod, CF Fuenlabrada bermain di Estadio Fernando Torres yang merupakan stadium yang dinamakan sempena bekas penyerang Sepanyol itu.

Hal ini kerana, Torres merupakan anak jati Fuenlabrada. Stadium tersebut mempunyai kapasiti 5,400 tempat duduk sahaja.

Estadio Fernando Torres
Estadio Fernando Torres yang menjadi gelanggang rasmi CF Fuenlabrada. GAMBAR: La Liga

Izhan jelas sekali sukakan masanya bersama-sama CF Fuenlabrada setakat ini dan beliau mahu kekal lebih lama di Sepanyol.

Dek kerana perbezaan cuaca, adalah menjadi tanggungjawab bagi peminat Real Madrid ini untuk cepat menyesuaikan diri dengan cuaca di Sepanyol supaya boleh terus maju dalam kariernya.

“Cuaca di sini sangat sejuk! Malaysia pula jauh lebih panas berbanding Sepanyol.”

“Saya mesti pantas sesuaikan diri dengan cuaca di sini untuk pastikan badan saya bersedia untuk bermain,” kata Izhan yang turut meminati penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak.

Jom menangi jersi CF Fuenlabrada edisi Sikh Izhan!

Menangi jersi kelab CF Fuenlabrada yang ditandantangan oleh Sikh Izhan dengan menyertai peraduan mudah kami.

Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu buat:

Pemenang akan dipilih secara rawak oleh kami dalam masa terdekat. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Januari 2022 (Ahad).

Apa tunggu lagi, jomlah! Mana tahu menang jersi tu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN