Dion Cools & Buriram United Hanya Perlukan 1 Mata Untuk Jadi Juara Thailand

Perebutan mahkota kejuaraan bola sepak Thailand semakin menghampiri penamatnya dengan pemain Harimau Malaya, Dion Cools berpeluang untuk menjulang kejuaraan domestik negara tersebut.

Berbaki empat perlawanan sahaja lagi, Cools dan kelabnya Buriram United kini dalam keadaan selesa untuk merangkul gelaran liga musim ini.

Dengan mempunyai perbezaan 12 mata di depan pencabar Bangkok United, Cools dan Buriram kini hanya memerlukan satu mata sahaja untuk mengesahkan kejuaraan mereka.

Hanya satu mata sahaja yang perlu diburu dalam baki empat perlawanan terakhir, seharusnya bukanlah perkara sukar untuk Cools dan Buriram kejarkan bukan?

Mereka boleh mendapatkan satu mata tersebut seawal 22 April ini apabila mereka bertandang ke gelanggang Chiangrai United.

Chiangrai yang menang 3-1 ke atas Chonburi di tempat lawan pada perlawanan sebelum ini pastinya akan cuba menyukarkan Buriram apabila bertemu sesama sendiri ketika menjadi tuan rumah pula.

Walaupun sukar, tetapi ianya pasti boleh diharungi dengan baik oleh Buriram yang sememangnya pasukan digeruni di Thailand.

“Kami semakin hampir dengan kejuaraan. Kami sepatutnya mengesahkan kejuaraan tersebut pada perlawanan seterusnya,” kata pengendali Buriram, Masatada Ishii kepada Bangkok Post.

Jika ini menjadi kenyataan, Cools akan mempunyai kejuaraan domestik pertamanya di Asia selepas meninggalkan bola sepak Eropah.

Dan ini dilihat sebagai satu kejayaan yang manis buat pemain negara berjaya dalam karier mereka walaupun tidak bermain di negara sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN