Diogo Jota Harap Liverpool Takkan Jumpa Real Madrid Di Europa League

Diogo Jota

Pemain Liverpool, Diogo Jota mengakui yang beliau kini trauma untuk beraksi menentang Real Madrid dalam saingan Eropah.

Hal ini kerana, rekod kebelakangan ini menunjukkan yang Liverpool sememangnya bukanlah tandingan Real kerana setiap kali bertemu pasti mereka akan kalah.

Ini terbukti apabila mereka tumbang dua kali dalam perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) pada 2018 dan 2022 apabila Liverpool bertemu Real.

Kini kedua-duanya terpisah pertandingan dengan Liverpool di Europa League dan Real di UCL, Jota berharap yang musim ini mereka tidak akan bertemu lagi.

“Sejak saya datang ke Liverpool, kami sering disingkirkan oleh Real Madrid. Saya berharap kami tidak akan berjumpa mereka lagi musim ini.”

Jota berkata demikian kerana Real masih lagi ada potensi untuk bertemu Liverpool di Eropah musim ini jika mereka tersungkur ke Europa League.

Walaupun peratusan itu amatlah kecil, namun kalau dah terjadi boleh sajakan mereka bertemu?

“Mereka boleh je menamatkan peringkat kumpulan ditangga ketiga dan kemudiannya berada di laluan kami [Europa League],” ujar Jota menerusi FourFourTwo.

Dalam masa yang sama, Jota juga mengatakan Liverpool perlu memenangi Europa League bagi menunjukkan rasa hormat kepada kejohanan tersebut.

Hal ini disebabkan, penyokong The Reds sememangnya berhak lebih daripada sekadar bermain di kejohanan kelas kedua Eropah itu.

“Walaupun penyokong sudah selesa melihat kami bermain di UEFA Champions League setiap tahun dan ini ibaratkan seperti penurunan gred buat kami.

“Ia adalah pertandingan berprestij. Kami akan berikan yang terbaik untuk memenanginya,” kata Jota.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN