Selepas dilepaskan dari tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan England kerana masalah kesihatan, James Maddison teruk dikritik kerana gambarnya sedang berjudi di kasino tersebar di media sosial.
Walau bagaimanapun, pengurus England, Gareth Southgate percaya pemain Leicester City itu akan lebih cakna mengenai tekanan yang dihadapi oleh mana-mana pemain yang terpilih untuk mewakili England.
Maddison pada awalnya dipilih untuk menyertai pasukan England bagi menghadapi perlawanan kelayakan EURO 2020 menentang Republik Czech dan Bulgaria tetapi kemudiannya diberi rehat setelah dijangkiti virus.
🗣 "He sent a message to say the story was going in the paper. But I have not had a conversation with James."
England boss Gareth Southgate doesn't seem best pleased to see James Maddison pictured in a casino. 😬
READ MORE: https://t.co/mO7rdN3nIV pic.twitter.com/R1JlOV9RG9
— Fox Football (@FOXFOOTBALL) October 14, 2019
Gambarnya sedang leka berjudi dalam sebuah kasino di Leicester dipercayai diambil ketika skuad bimbingan Southgate itu sedang bermain di Prague pada Jumaat malam.
Southgate dalam reaksinya kepada Sky Sports menjelang perlawanan di Sofia telah memberi amaran kepada pemain berusia 22 tahun itu – serta pemain muda England yang lain – mengenai perhatian yang ditumpu kepada mereka sekalipun ianya mengenai hal di luar padang.
“Saya faham, setelah seseorang pemain itu dilepaskan daripada skuad, terpulang kepadanya untuk meluangkan masa dengan hal peribadi kerana itu hak mereka,” kata jurulatih berusia 49 tahun itu.
Last time out against Bulgaria: a @HKane hat-trick helped the #ThreeLions to victory! 🙌
— England (@England) October 13, 2019
“Saya beranggapan yang James [Maddison] telah belajar sesuatu daripada kejadian ini di mana apabila anda terlibat dengan [skuad] England, maka perhatian terhadap anda semakin meningkat. Semua orang berminat untuk tahu hal peribadi dan privasi anda.
Dalam perlawanan berdepan Bulgaria malam ini, Southgate menggesa anak buahnya untuk bangkit semula dari kekalahan kepada Republik Czech bagi memastikan mereka layak ke pusingan akhir 2020.
Prestasi mengecewakan ketika menentang tewas kepada Czech tempoh hari mungkin memberi kesan kepada tahap keyakinan di kem England. Tetapi Southgate percaya pemainnya cukup matang untuk bangkit dari kekecewaan dan belajar dari kesilapan.
Penyokong England Bengang, Southgate Beri Alasan Pelik – https://t.co/CxMNzxvdgW pic.twitter.com/lYtOxxuDIm
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 12, 2019
“Saya tidak rasa kekalahan itu merosakkan moral pasukan. Jika anda mempunyai daya tahan yang bagus, maka kamu akan belajar sesuatu dari kekalahan tersebut. Ianya penting untuk kerjaya anda sebagai pemain serta dalam kehidupan peribadi.
“Mungkin semua orang lebih menumpukan tentang kejohanan [EURO 2020] pada musim panas akan datang, seperti berfikir tentang tempat-tempat berlangsungnya perlawanan itu nanti dan sebagainya.
“Tetapi sebenarnya yang perlu diberi keutamaan adalah melayakkan pasukan terlebih dahulu. Kami masih belum layak lagi, jadi fokus pada perlawnan esok [hari ini] dan dapatkan prestasi dan keputusan yang diperlukan.”