Dilantik Sebagai Chef de Mission Olimpik 2024, Hamidin Tekad Bawa Pulang Emas

Datuk Hamidin Mohd Amin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang juga Ahli Majlis FIFA, Datuk Hamidin Mohd Amin tekad untuk membawa pulang pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik apabila temasya tersebut diadakan di Paris padac 2024.

Hamidin yang dilantik sebagai Chef de Mission bagi kontijen negara ke temasya tersebut ingin memastikan yang Malaysia akhirnya berjaya mendapatkan pingat emas yang selama ini amat didambakan.

Menyedari tugas yang bakal dipikul cukup berat, Hamidin mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk mencapai dua misi di Paris kelak.

“Dengan kepercayaan ini, ia adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu saya pikul bersama-sama dengan pegawai-pegawai lain supaya kita dapat meraih kejayaan.

“Bukan sekadar mendapat pingat emas pertama buat negara di Sukan Olimpik tetapi kita nak meraih sebanyak boleh pingat di kejohanan tersebut,” kata Hamidin.

Dalam masa yang sama, Hamidin juga turut berterima kasih kepada Kementerian Belia & Sukan (KBS) serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang meletakkan kepercayaan terhadap dirinya untuk cuba menamatkan kemarau pingat emas negara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh, Timbalan Menteri, Adam Adli, warga Kementerian Belia & Sukan serta Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria dan semua pihak di MOM yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi ketua kontijen di Olimpik 2024 di Paris,” ujar Hamidin.

Selain Hamidin, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League, Stuart Ramalingam turut menjadi wakil sukan bola sepak yang dipilih menyertai projek Road To Gold (RTG) anjuran KBS.

Stuart dilantik sebagai koordinator bagi projek ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN