Pemain Sutton United Ini Dedah Diet Pelik Beliau, Makan Nugget Sebelum Perlawanan

Kita semua tahu pemain bola sepak profesional ada diet yang mereka perlu patuhi untuk terus kekal cergas dan punya berat badan ideal ketika bermain.

Tetapi bagi bekas pemain Middlesbrough yang kini bermain untuk Sutton United Nicky Bailey. Beliau punya diet yang sangat pelik!

Nicky Bailey yang merupakan bekas pemain Middlesbrough juga pernah bermain untuk Millwall.

Tak makan sayur

Bailey mendedahkan beliau merupakan seorang pemain yang cukup tak sukakan sayur.

Menurut beliau, sepanjang hidup beliau tak pernah makan sayur walau sekali pun!

“Sejak kecil, ibu selalu buat pelbagai cara untuk buatkan saya makan sayur sebanyak boleh. Tapi saya selalu tolak untuk makan sayur.”

Walaupun tak makan sayur, Bailey mengatakan beliau masih lagi mampu menjadi pemain profesional dengan baik sehingga hari ini.

Diet pelik

Sebaliknya, Bailey mendedahkan yang beliau punya diet yang cukup pelik yang beliau sering ambil sebelum perlawanan hendak berlangsung atau ketika pra-perlawanan.

“Saya tak pernah makan sayur apatah lagi salad. Makanan saya sebelum perlawanan beraksi adalah 9 ketul nugget McDonald’s!”

Walaupun begitu, Bailey mengaku kerana diet tersebut beliau akhirnya bermain di liga rendah seperti National League bersama Sutton United.

“Saya bukanlah pemain yang pandai jaga makan. Jadi makanan saya menjadikan siapa saya hari ini.”

Bailey tidak sabar untuk menentang Arsenal dalam aksi FA Cup, dan beliau merancang untuk menjatuhkan setiap pemain yang berlari ke arah beliau!

Pemenang diantara Sutton United dan Arsenal ini akan bertemu Lincoln City di suku akhir FA Cup.

Berikut adalah undian penuh suku akhir FA Cup:

  • Chelsea lawan Manchester United
  • Tottenham Hotspur lawan Millwall
  • Middlesbrough lawan Huddersfield Town atau Manchester City
  • Lincoln City lawan Sutton United atau Arsenal

Baca juga: Apabila Genaro Gattuso Menjadi Pengurus, Statistik Ini Gambaran Terbaik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN