Diego Godin Terdesak Mahukan Kejuaraan Europa League Untuk Inter Milan

Diego Godin

Pemain pertahanan Inter Milan, Diego Godin mengatakan hasratnya yang begitu terdesak dalam memberikan kejuaraan buat pasukannya menjelang perlawanan akhir Europa League (UEL) pagi nanti.

Menentang Sevilla di perlawanan akhir, Godin berkata yang beliau serta rakan sepasukannya terhutang dengan diri mereka sendiri dengan kejuaraan ini.

Menurut laman Sempre Inter, Godin mengatakan yang pasukannya perlu memberikan 100% pada perlawanan terakhir mereka musim ini untuk membolehkan kejuaraan milik pasukan Itali itu.

“Buat masa sekarang, fokus tertumpu untuk perlawanan akhir ini, apa yang perlu dibuat diatas padang apa taktikal yang hendak digunakan.”

“Mudah untuk kita rasakan tenaga yang ada dari perlawnaan sebegini. Seawal sepak mula lagi kami perlu berikan yang terbaik, lakukan apa yang telah kami sediakan dan berikan sepenuh jiwa raga serta serlahkan diri kami yang terbaik.”

Tambah Godin lagi, kejuaraan UEL ini adalah hutang mereka kepada diri sendiri, para staf yang sentiasa bersama-sama mereka serta penyokong yang tidak berhenti memberikan sokongan walaupun tidak dengan pasukan ketika ini.

Dalam masa yang sama, Godin juga menganggap Sevilla sebagai pasukan yang bukan calang-calang cabarannya.

“Sevilla adalah Sevilla. Kami tahu nilai sesebuah pasukan itu dan sedar akan permainan yang cantik dimainkan oleh mereka terutamanya dalam perlawanan akhir ini.”

“Oleh sebab itu, mereka selalu memenangi kejuaraan ini. Dalam kes ini, kami memang mahu membawa kejuaraan ini ke Milan, kami memang terhutang kepada penyokong serta diri kami dalam hasil kerja yang kami berikan setiap hari.”

“Kami perlu bermain dengan sepenuh hati untuk berjaya.”

Inter Milan akan bertemu Sevilla dalam perlawanan akhir jam 3 pagi waktu Malaysia.

Baca juga artikel kami mengenai Inter Milan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN