Diego Forlan Perkuat Kitchee SC Untuk Saingan AFC Champions League

Juara Liga Perdana Hong Kong musim 2016-16, Kitchee SC mengesahkan bekas bintang Manchester United dan pemain antarabangsa Uruguay, Diego Forlan telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama mereka pada musim ini.

Pemain berusia 38 tahun itu didatangkan oleh Kitchee SC bagi membantu pasukan tersebut untuk menghadapi saingan AFC Champions League yang akan bermula pada pertengahan Februari akan datang.

Untuk rekod, Kitchee SC berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan pertandingan AFC Champions League buat pertama kali dalam sejarah kelab berkenaan.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Forlan bukanlah pemain yang asing dengan suasana bola sepak di Asia. Sebelum ini, Forlan pernah beraksi bersama Mumbai City di saingan Indian Super League, namun tidak mewakili mana-mana kelab sepanjang tahun 2017 yang lalu.

Forlan yang turut pernah beraksi di Jepun bersama Cerezo Osaka kini mempunyai satu lagi peluang untuk membuktikan dirinya masih berkemampuan untuk beraksi di peringkat kompetitif apabila ditawarkan kontrak untuk menyertai Kitchee SC.

Bagaimanapun, tiada butiran mengenai tempoh kontrak didedahkan oleh Kitchee SC mengenai penyertaan Forlan.

Dalam satu muat naik di laman media sosial Facebook milik Kitchee SC, kelab tersebut mengesahkan bahawa Forlan dijangka tiba di Hong Kong pada 10 Januari akan datang, sebelum diperkenalkan kepada umum dalam satu majlis yang akan diadakan pada hari berikutnya.

Diego Forlan menyertai Manchester United pada 2002, tampil dalam 63 perlawanan buat skuad bimbingan Sir Alex Ferguson, namun hanya menjaringkan 10 gol buat skuad The Red Devils.

Selepas dua musim, Forlan berhijrah ke Sepanyol untuk menyertai Villareal sebelum sekali lagi berpindah kelab untuk beraksi bersama Atletico Madrid.

(Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)

Pemain kelahiran Montevideo ini turut pernah beraksi selama dua musim bersama Inter Milan di saingan Serie A sebelum menyertai kelab Brazil, SC Internacional.

Di peringkat antarabangsa, Forlan tampil sebanyak 112 kali, menjaringkan 36 gol di antara tahun 2002 sehingga 2014. Forlan turut pernah tampil dalam tiga edisi Piala Dunia dalam tempoh itu sebelum mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa pada 11 Mac 2015.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN