Antonio Conte Benarkan Diego Costa Untuk Tinggalkan Chelsea

Adakah akhirnya Diego Costa akan tinggalkan Chelsea?

Pemain Sepanyol itu dikatakan akan pergi meninggalkan Chelsea selepas beliau dikatakan tiada dalam perancangan Antonio Conte.

Costa mendedahkan perkara tersebut sewaktu perlawanan persabahatan diantara Sepanyol dan juga Colombia.

“Saya ada dapat mesej dari Conte yang beliau katakan saya tiada lagi dalam perancangannya.”

“Sejurus selepas itu, saya terus mencari jalan untuk keluar dari Chelsea.”

Costa dikatakan mahu kembali semula ke Atletico Madrid, namun begitu perkara itu tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Hal ini kerana kelab tersebut sedang mengalami sekatan dari melakukan perpindahan pemain dan hanya boleh mendaftarkan pemain pada Januari 2018 sahaja.

“Saya suka tinggal di Madrid, namun saya kena fikirkan masa depan saya juga.”

“Ia menjadi sukar kerana saya tak boleh tidak beraksi dalam tempoh yang lama seperti 4, 5 bulan misalnya.”

“Saya tiada masalah nak main di mana-mana liga, saya cuma nak main sahaja.”

Pendedahan Costa ini semakin menguatkan spekulasi mengenai kehadiran semula Romelu Lukaku ke Chelsea.

Ia ditambah dengan pendedahan Lukaku yang beliau kini sudah mengetahui ke mana hala tujunya selepas ini.

Adakah beliau akan ke Chelsea?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN