Siapa yang tidak kenal Diego Costa ? Pemain yang dikenali dengan corak pemainan yang begis dan ganas.
Tak hanya itu, bekas penyerang Chelsea ini sering menimbulkan kekecohan dengan pasukan lawan diatas padang.
Baru-baru ini beliau telah dituduh melakukan kekerasan dengan memijak penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand semasa perebutan bola dalam perlawanan Sepanyol menentang Iran di Kazan Arena.
Namun, Diego Costa telah tampil menjawab insiden tersebut dan menafikan dakwaan yang dilemparkan kepada beliau itu.
Bercakap kepada Goal, beliau sebagai berkata, dirinya tidak melakukan sebarang kekerasan, malah menuduh penjaga gol Iran itu segaja mahu menimbulkan provokasi.
“Saya tidak risau kerana saya tahu ada banyak kamera yang sedang memantau setiap pergerakan pemain.”
“Saya yakin berkata itu sebab saya tidak melakukan apa-apa kekerasan kepadanya.” katanya.
“Anda sendiri dapat saksikan? Sejak mula separuh masa pertama, mereka(Iran) cuba melakukan provokasi kepada kami(Sepanyol).”
Dalam perlawanan itu, Costa menjadi wira La Roja apabila berjaya mencetak gol kemenangan sekaligus membantu pasukannya melangkah ke peringkat 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2018.
Diego Costa kini sudah menjaringkan 3 gol dalam edisi Piala Dunia 2018. Beberapa bulan lalu ramai menjangkakan Costa tidak akan bermain di Piala Dunia selepas beberapa isu melanda karier beliau.
Costa menyelamatkan impian ke Piala Dunia 2018 dengan menyertai Atletico Madrid dan membantu kelab itu menjuarai UEL 2017/18.