Pertahanan tengah Chelsea, Andreas Christensen memasang impian untuk menjadi pemain pertahanan terbaik di dunia satu hari nanti.
Christensen memulakan karier bersama Chelsea dengan menyertai skuad akademi sejak berusia 15 tahun sebelum diserap masuk ke skuad utama pada tahun 2013.
Pemain kelahiran Denmark itu kemudiannya pinjamkan ke kelab Bundesliga, Borussia Moenchengladbach sebelum kembali semula ke Chelsea dan menjadi pilihan utama menggantikan tempat David Luiz.
Nasib berubah
Pada Januari 2018, Christensen telah memperbaharui kontrak jangka panjang bersama The Blues dengan menandatangani kontrak baru selama empat setengah tahun.
Beliau membuat keputusan tersebut selepas yakin dengan Antonio Conte yang dilihat sentiasa memberi keutamaan kepadannya untuk mengisi posisi utama pertahanan pasukan.
Namun, nasib Christensen berubah apabila Maurizio Sarri mengambil alih tugas dari Conte yang dipecat pada Julai 2018.
Sarri lebih berminat menggunakan David Luiz atau Antonio Rudiger berbanding Christensen dan perkara ini membuatkan beliau begitu kecewa sehingga menyatakan keinginan untuk berpindah ke kelab lain.
Ubah fikiran
Bagaimanapun, kehendak Christensen itu ditolak pengurusan Chelsea. Beliau terikat dengan syarat kontrak dan dalam masa yang sama kelab sedang berdepan isu penggantungan oleh FIFA daripada terlibat dengan sebarang urusan perpindahan pemain.
Hal ini membuatkan Christensen terpaksa mengubah fikiran dan memilih untuk terus bermain di Stamford Bridge sehingga menunggu waktu yang sesuai untuk berpindah.
“Selalu sukar bagi saya untuk berbicara dalam bahasa Denmark dan perlu diterjemahkan. Tidak, saya masih belum berbicara dengan pihak kelab,” jawab Christensen ketika ditanya soal masa depannya.
“Sudah saya katakan yang apa yang ingin katakan, tetapi mereka belum memulakan perbualan dan pasti saya akan tetap kekal di sini kerana ada sebarang perbincangan.”
Pasang impian
Christensen mengaku bahawa beliau terpaksa menerima situasi yang sedang berlaku dan apa yang harus dilakukannya adalah memanfaatkan waktu sebaik mungkin di Chelsea untuk mengejar impian menjadi pemain terbaik.
“Saya sudah mengatakan keinginan saya, dan masih belum ada sebarang maklum balas. Pasti saya akan kekal di sini.”
“Saya tidak akan bermain bola sepak jika saya tidak mempunyai impian atau sasaran. [Menjadi yang terbaik di dunia di Chelsea] masih menjadi impian saya, “katanya.