Quantcast

BERITA

Amerika Syarikat Miliki Laluan Mudah Dalam Saingan Gold Cup 2019

Nampaknya musim panas ini akan penuh dengan aksi antarabangsa. 3 konfederasi bakal menganjurkan kejohanan di peringkat masing-masing musim panas ini.

CONCACAF akan mengadakan Gold Cup di Amerika Syarikat. Namun begitu, ada empat perlawanan kumpulan akan dilangsungkan di luar negara tersebut.

Format 16 pasukan dalam kejohanan ini turut digunakan pertama kali.

Undian penuh

Tuan rumah, Amerika Syarikat akan menghadapi cabaran daripada Panama, Guyana dan Trinidad dan Tobago dalam Kumpulan D. Selain Guyana, ketiga-tiga pasukan ini pernah beraksi dalam Piala Dunia.

Kumpulan A menyaksikan Mexico dan Kanada diundi bersama. Kehadiran dua pasukan Amerika Utara dalam kumpulan tersebut itu juga dilengkapi Martinique dan Cuba.

Estadio Nacional de Costa Rica akan menjadi hos 2 perlawanan awal Kumpulan B.

Kumpulan B telah diisi oleh Costa Rica, Nicaragua, Haiti dan Bermuda. Dua perlawanan awal kumpulan B ini akan diadakan di San Jose, Costa Rica.

Kumpulan C pula dihuni oleh Honduras, Jamaica, El Salvador dan Curacao. Kingston, Jamaica telah terpilih untuk menjadi hos bagi dua perlawanan Kumpulan C.

Unik

Presiden CONCACAF, Victor Montagliani pernah meluahkan hasrat untuk membawa keluar kejohanan ini dianjurkan di negara terkemuka. Negara terkemuka dimaksudkan ialah Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Beliau merasakan ada peluang akan wujud untuk kejohanan ini dianjurkan di luar 3 negara tersebut. Akhirnya, CONCACAF memutuskan memberikan kebenaran untuk 4 perlawanan kejohanan ini dianjurkan di luar Amerika Syarikat.

Tetapi, perlawanan suku akhir sehingga akhir telah ditetapkan dianjurkan di Amerika Syarikat. Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 15 Jun hingga 7 Julai.