Hector Bellerin akhirnya menjadi salah seorang pemain bola sepak yang mengeluarkan pendapat jujurnya mengenai peperangan di Ukraine serta reaksi yang ditunjukkan oleh masyarakat terutamanya di Eropah.
Menurut pemain pertahanan Real Betis itu yang mempunyai kencenderungan terhadap isu sosial di seluruh dunia, beliau hairan mengapa perang di benua tersebut mendapat perhatian yang lebih berbanding perang-perang yang lain.
“Agak ganjil untuk melihat kenapa kita begitu tertarik dengan peperangan ini berbanding yang lain,” ujar pemain berusia 27 tahun ini kepada La Media Inglesa.
🎙 Hector Bellerin, en La Media Inglesa:
🗣"Me parece muy duro ver que nos interesa esta guerra, pero hubo otras que no interesaron. No sé si porque nos pueden afectar más a nivel económico o de refugiados, pero la guerra de Palestina ha estado silenciada".@NotiFut38033094 pic.twitter.com/Z8TjoXBhu8
— Noti-Futbol (@NotiFut38033094) March 23, 2022
“Saya tak pasti adakah kerana mereka [mangsa peperangan] lebih mirip dengan kita atau kerana konflik tersebut boleh menjejaskan kita secara langsung sama ada dari sudut ekonomi dan masalah pelarian.
“Perang di Palestin disenyapkan begitu sahaja, tiada siapa yang bercakap mengenainya. Yaman, Iraq. Sekarang tiba-tiba Rusia tidak dibenarkan beraksi di Piala Dunia, sedangkan negara-negara lain dah hadapi [peperangan] bertahun-tahun.”
Bellerin juga beranggapan kegagalan untuk memberikan perhatian kepada konflik lain adalah perlambangan kepada sifat rasis yang sebenar.
“Cukup rasis apabila kita membutakan mata terhadap konflik yang lain dan sekarang tiba-tiba kita ada di kedudukan sekarang,” tambahnya lagi.
“Ia juga menunjukkan betapa kita kurang empati melihat betapa banyak nyawa manusia yang hilang dan kita hanya memberi keutamaan kepada mereka yang berdekatan dengan kita sahaja.”
Minggu lalu, FIFA telah menghantar bekalan perubatan kepada Persatuan Bola Sepak Ukraine (UAF) dan memperuntukkan sejumlah $1 juta (RM4.18 juta) kepada Yayasan FIFA untuk bantuan kemanusian di negara bergolak berkenaan.
Sehingga kini dilaporkan lebih 3.3 juta pelarian telah pun meninggalkan Ukraine melalui sempadan barat dengan sekitar 2 juta lagi penduduk telah dipindahkan ke kawasan-kawasan tertentu sejak pencerobohan Rusia bermula 24 Februari lalu.
"It's complicated to see that we are more interested in this war in Ukraine than others. The war in Palestine has been completely silenced. In Yemen,in Iraq too. Russia was excluded from the world cup… pic.twitter.com/KejIU069Mf
— Dali Ben 🇹🇳 🇸🇩 (@DaliBen23024344) March 24, 2022
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam kenyataannya pada Khamis mengesahkan sekurang-kurangnya 43 fasiliti kesihatan di Ukraine telah terjejas akibat serangan tentera yang mengorbankan 12 orang pekerja kesihatan.
FIFA dan UEFA telah bertindak menggantung kelab dan skuad kebangsaan Rusia daripada mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan di bawah badan induk berkenaan.
Spartak Moscow yang sepatutnya beraksi dalam pusingan 16 Liga Europa (UEL) telah disingkiran dan UEFA memberikan kemenangan percuma kepada RB Leipzig.
Pasukan Rusia pula dinafikan hak untuk beraksi di pusingan kelayakan Piala Dunia dan sekaligus bakal terlepas tiket ke Piala Dunia Qatar pada November akan datang.
Namun tindakan keras FIFA ini dipersoal kerana tidak melakukan perkara yang sama terhadap negara-negara bergolak lain yang turut terjejas dengan peperangan.
“FIFA tidak kelihatan di Libya, Palestin, Syria dan negara-negara lain yang amat terjejas dengan peperangan. Jadi ini jelas satu diskriminasi oleh FIFA yang kita tahu sangat berkuasa.”
Hipokrasi pihak ‘barat’ ini turut berlegar di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) di mana tekanan dikenakan ke atas pemilik Chelsea, Roman Abramovich susulan dari serangan Rusia ke atas Ukraine baru-baru ini, tetapi berdiam diri dengan pemilikan Newcastle United oleh Konsortium Arab Saudi yang terpalit dengan pelbagai isu kemanusiaan termasuk peperangan di Yaman.
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!