Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menegaskan beliau tidak akan ‘menukar’ Giovani Lo Celso untuk bintang baharu Manchester United, Bruno Fernades atau mana-mana pemain tengah lain.
Fernandes mendedahkan tahun lepas beliau telah pun bersetuju untu menyertai Spurs, tetapi kelab utara London itu enggan memenuhi permintaan harga yang diminta oleh Sporting Lisbon dan akhirnya mengubah haluan mereka dengan mendapatkan Lo Celso.
Fernandes akhirnya menyertai Manchester United pada Januari lalu dengan harga sekitar £67 juta (RM360 juta) dan telah pun membuktikan harga tersebut ternyata amat berbaloi dengan peranan dan impak yang disumbangkannya dalam tempoh beberapa bulan ini.
Gary Neville: United Perlu Empat Lagi Pemain Seperti Bruno Fernandes https://t.co/5eI8tlqVdK pic.twitter.com/njiSFQfOhZ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) July 1, 2020
Beliau telah terlibat dengan lapan gol dalam lapan perlawanan Liga Perdana Ingeris (EPL) untuk Manchester United iaitu lima gol dan tiga bantuan jaringan.
Apa yang mengharaikan dengan kenyataan Mourinho itu, statistik tersebut ternyata jauh berbeza dengan Lo Celso yang masih belum menjaringkan sebarang gol atau menyubang bantuan jaringan sejak menyertai Spurs dari Real Betis secara pinjaman sehinggalah dibeli secara tetap pada Januari lalu.
Walaupun Lo Celso telah dibawa masuk oleh Mauricio Pochettino, beliau tetap melihat pemain tengah Argentina itu sebagai watak penting di dalam pasukannya.
Jose Mourinho.
— Jules Tottenham Bevis 📃 🖊 (@julesbevis) July 2, 2020
" I wouldn't swap Giovani Lo Celso for Bruno Fernandes, I'm very happy with Gio" pic.twitter.com/QbCG3p3Oox
“Saya tidak akan menukar Lo Celso dengan mana-mana pemain. Bukan hanya Bruno [Fernandes], tetapi mana-mana pemain tengah,” kata Mourinho.
“Apabila saya sampai, saya telah mengubah cara bermain dan dia menurut setiap apa yang saya suka pemain saya lakukan. Saya akan bimbingnya dan dia telah menunjukkan perkembangan yang baik.
“Cara dia bekerja keras setiap hari, cara dia beraksi dalam perlawnan dan cara dia mengubah permainan. Gio adalah pemain yang hebat untuk pasukan ini.”