Di Maria Diminta Membayar €2 Juta, Mengaku Bersalah Elak Cukai Di Sepanyol

Lembaga cukai Sepanyol terus menggempur kes-kes mengelak cukai (taxes evasion) yang berprofil tinggi melibatkan pemain bola sepak.

Selepas Messi, Mascherano, Ronaldo, Mourinho, kini Angel Di Maria juga dikaitkan dengan kesalahan itu.

Di Maria mengaku bersalah dan faham akan pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau. Di Maria dijatuhkan hukuman penjara setahun serta diminta membayar balik penyelarasan cukai €2 juta kepada kerajaan Sepanyol.

Di Maria dikenakan 2 pertuduhan selepas menandatangani kontrak dengan Real Madrid disaksikan oleh peguam peribadi beliau.

Seperti yang kami pernah nyatakan sebelum ini, untuk kesalahan yang membuatkan pesalah dihukum penjara 2 tahun pada kesalahan pertama, pesalah boleh merayu untuk tidak dipenjarakan.

Dengan syarat ianya bukan kesalahan jenayah berat seperti membunuh dan mencederakan. Jadi, Di Maria akan perlu membayar denda yang akan dikenakan ke atas beliau.

Di antara tahun 2012-2013, Di Maria gagal mengisytiharkan cukai bernilai €1.298 juta. Ianya adalah cukai berkaitan dengan hak imej dengan syarikat perkapalan SunpexCorporation Inc, di Panama.

Di Maria menjadi pemain ke-3 dari Argentina selepas Messi, Mascherano dan Messi dikenakan pertuduhan ini sejak 2015.

Di Maria diwakili oleh Gestifute. Syarikat yang dimiliki oleh Jorge Mendes yang juga menguruskan Cristiano Ronaldo.

Ronaldo masih dalam proses untuk membersihkan nama beliau daripada skandal ini selepas pemain itu mengaku tidak bersalah di atas tuduhan dikenakan ke atas beliau.

Sumber

ESPN – Angel Di Maria fined €2m in tax fraud case while at Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN