Chelsea & United Dikaitkan Dengan Lewandowski, Apa Respon Bayern Munich?

Chelsea dan Manchester dikatakan mengikuti rapat perkembangan berkaitan dengan Robert Lewandowski di Bayern Munich. Pemain ini dikatakan kecewa dengan Carlo Ancelotti,

Ianya selepas Lewandowski merasakan pengurus tersebut tidak ada perancangan langsung untuk membantu beliau dalam perebutan kasut emas dalam perlawanan terakhir liga.

Lewandowski yang bersaing dengan Aubameyang untuk kasut emas 2016/17, tewas dalam perebutan tersebut. Lewandowski dengan terbuka mengkritik rakan-rakannya yang seolah-olah tidak membantu beliau dalam perlawanan terakhir.

Ancelotti lebih fokus kepada perancangan taktikal pasukan dan tidak memberikan penekanan kepada misi individu.

Ini sekaligus membuatkan masa depan pemain itu di Bayern Munich menjadi tanda tanya. Chelsea antara kelab yang dikatakan berminat mendapatkan pemain ini.

Media-media Inggeris galak menulis bahawa Chelsea dikatakan sanggup membayar sekitar £71 juta untuk pemain ini.

Ini kerana Chelsea mahu mencari penyerang utama menggantikan Diego Costa yang dilaporkan sudah tidak diperlukan untuk musim hadapan. Lewandowski menjaringkan 43 gol daripada 47 penampilan sepanjang musim lalu.

Manchester United turut dikaitkan dengan Lewandowski dalam usaha mereka mencari penggempur utama no.9 menggantikan Zlatan Ibrahimovic.

Respon pihak Bayern Munich

Pihak Bayern Munich mengakui mereka mendengar tentang khabar angin ini. Namun pihak Bayern memberikan amaran bahawa pemain 28 tahun ini bukan untuk dijual. Bercakap kepada Sky Sports, wakil dari Bayern berkata:

“Lewandowski sudah menandatangani kontrak lanjutan dengan kami beberapa bulan lalu.”

“Kontrak itu panjang dan akan berakhir pada 2021. Bayern tidak akan membuang masa untuk memikirkan soal perpindahan Lewandowski.”

“Tiada rundingan akan dilayan, tiada sama sekali. Jika ada kelab yang mahu mendapatkan pemain yang masih ada baki kontrak yang panjang, mereka harus sedar perbuatan mereka berisiko untuk diambil tindakan oleh FIFA.”

Ejen Lewandowski juga menyatakan bahawa, setakat ini beliau tidak ada berunding dengan mana-mana kelab.

Sumber

https://www.sportskeeda.com/football/rumours-lewandowski-targeted-by-this-premier-league-club

https://www.sportskeeda.com/football/bayern-issue-lewandowski-warning-amid-chelsea-manchester-united-links

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN