DEXA: Sains Di Sebalik Persediaan Awal Menjelang Pra Musim Oleh Kelab-Kelab Eropah

Apabila pemain kembali melaporkan diri untuk pra musim, ujian lemak berlebihan akan memberitahu sama ada seseorang pemain menjaga aspek pemakanan atau tidak sepanjang tempoh mereka bercuti.

Aspek ini sangat dititiberatkan oleh kelab-kelab profesional di Eropah. Jika ujian menunjukkan pemain mengandungi walaupun sedikit lemak berlebihan pada badan, pihak pengurusan akan terus mengetahui mengenai perkara itu dan segera memberi tekanan kepada pemain untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jika dahulu kandungan lemak berlebihan sekadar diambil dan dibezakan dengan melakukan timbangan berat badan. Ia kaedah manual yang paling mudah. Kemudian, kaedah kaliper kulit diperkenalkan. Namun sains dan teknologi mengubah perkara tersebut pada hari ini untuk mendapatkan ukuran yang lebih tepat dan jitu.

Teknologi yang dimaksudkan ialah imbasan DEXA – iaitu singkatan kepada ‘  x-tray absiometri dengan dwi-tenaga’.

Pada hari ini imbasan DEXA digunapakai secara meluas dan merupakan prosedur standard yang harus dilalui oleh setiap pemain di kelab-kelab utama eropah. Malah kelab seperti Arsenal dan Barcelona dikatakan sanggup melakukan pelaburan dengan memiliki mesin DEXA mereka sendiri – demi memantau aspek keadaan fizikal pemain secara berterusan.

Apa itu imbasan DEXA?

Komponen berlainan pada badan – tulang, otot dan lemak – menghalang sinaran (X-ray) pada tahap bacaan tertentu bergantung kepada ketumpatan setiap bahagian. Imbasan DEXA membenarkan bacaan sinaran radiasi X-ray berbeza (yang sangat rendah) untuk melakukan bacaan – sebelum ianya dinilai dengan perisian canggih untuk memberikan bacaan kepada setiap komposisi badan yang berbeza.

Berbeza dengan kaedah kaliper kulit yang hanya menilai kandungan lemak secara fizikal, bacaan yang diberikan oleh DEXA adalah lebih lengkap dan terperinci – memaparkan kandungan lemak berlebihan pada seluruh badan.

Apa yang perlu dilakukan ialah, pengguna atau pun seorang pemain hanya perlu baring selama empat minit dan mesin bernilai lebih dari separuh juta ini akan memberikan laporan terperinci yang diperlukan oleh pegawai sains sukan setiap pasukan.

Antara data yang boleh diperolehi dari imbasan DEXA ialah peratusan lemak badan, jisim lemak dan jisim terasing – serta nisbah untuk menunjukkan bagaimana keadaan lemak dan otot di seluruh anggota badan.

Menurut Philip Chant, yang menubuhkan firma Bodyscan pada 2015 di London, imbasan DEXA akan memberikan nilai terperinci dengan tepat sehingga kepada setiap gram kiraan.

“Setiap kali mereka [pemain atau pesakit] melakukan imbasan DEXA, mereka menyifatkan info [hasil keputusan] itu sebagai perkara baharu dan mengejutkan.

“Ini kerana DEXA memberikan bacaan yang komprehensif, menyalurkan informasi berkaitan secara spesifik, untuk memudahkan anda fokus kepada bahagian tertentu sebelum diberikan perhatian sewajarnya.

“Pecahan bacaan kepada setiap anggota badan berlainan oleh DEXA juga membantu pemain untuk melihat ketidakseimbangan yang wujud pada otot badan mereka, atau berapa banyak lemak dan otot yang dibentuk atau hilang pada setiap bahagian.

“Bagi jurulatih pula, data sedemikian akan membantu mereka untuk mengadakan latihan yang bersesuaian secara langsung dengan keperluan pemain.

“Ia juga membantu jurulatih membezakan apa yang dimiliki oleh pemain sebelum memberikan sasaran secara spesifik untuk dicapai oleh mereka. Setiap imbasan berikutnya pula akan memberikan perbandingan secara automatik dengan bacaan terdahulu. Maka anda tahu bahawa imbasan DEXA ini adalah konsisten, sangat tepat dan mudah untuk membantu pemain profesional.

Bagi pemain bola sepak profesional, Chant berkata mereka perlu melakukan imbasan setiap lapan minggu untuk tujuan pemantauan. Bagi pesakit biasa pula, 12 minggu adalah tempoh yang wajar untuk melihat perbezaan dan hasil imbasan.

Sehingga kini, Bodyscan – firma milik Chant – telah mengimbas tidak kurang dari 3000 individu dari kalangan atlet profesional sehinggalah kepada pesakit awam yang mahu menyelesaikan masalah obesiti.

Bagaimana data DEXA digunakan oleh kelab?

Beraksi bersama kelab bola sepak profesional bermakna pemain akan kerap melakukan larian pantas atau pecutan sepanjang tempoh 90 minit permainan. Ini juga bermakna berat badan berlebihan hanya akan memberikan masalah kepada prestasi pemain,

Bagi pakar pemakanan di Arsenal, Richard Allison, mereka menggunakan data dari DEXA untuk menyediakan latihan dan mengawal diet pemain.

“Kami menggunakan mesin DECA agak kerap. Ia adalah salah satu cara kami memberikan motivasi kepada pemain.

“Setiap keputusan ujian akan diletakkan di bilik persalinan pemain. Apabila ada pemain berada di kedudukan terbawah senarai tersebut, secara automatik minat mereka untuk mengambil tahu mengenai nutrisi akan wujud.

Barry Drust yang merupakan pensyarah di Universiti John Moores, Liverpool pula berpendapat DEXA bukan sahaja untuk memantau lemak berlebihan di dalam badan.

“DEXA boleh digunakan pada awal musim untuk menilai perkara-perkara yang tidak diperlukan pada antrapologi pemain.

“Selepas setiap jangka masa latihan yang dilalui, DEXA boleh digunakan untuk menilai latihan yang diberikan kepada pemain. Satu perkara lagi mengenai DEXA ialah ia juga boleh membantu dalam proses rawatan kecederaan. Ini kerana ia juga boleh memberikan data terperinci mengenai kondisi otot badan pada setiap bahagian badan yang berbeza.

“Maka DEXA juga boleh digunakan sebagai alat sokongan untuk proses pemulihan dan indikator kepada tahap kesediaan pemain untuk kembali beraksi selepas kecederaan,” ujar beliau.

Rumusan

Dari segi prosedur dan proses, DEXA boleh dianggap sebagai cara termudah untuk mengukur komposisi tubuh badan. Pemain hanya perlu baring selama empat minit, tatkala imbasan dilakukan.

Kelebihan utamanya pula ialah ketepatan dan konsistensi kepada bacaan. Kemudian ia terpulang kepada jurulatih dan kelab untuk mengambil langkah sewajarnya – sama ada untuk mengoptimumkan prestasi pemain, ataupun untuk tujuan rawatan.

DEXA ialah satu proses mekanikal, maka ‘kesilapan manusia’ boleh dielakkan. Tetapi ia bukan mesin yang murah untuk dimiliki. Siapa tahu, satu hari nanti mesin DEXA turut digunapakai oleh kelab bola sepak di Malaysia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN