Quantcast

BERITA

Copa America: Kad Merah Lionel Messi Bayangi Kejayaan Argentina Raih Tempat Ke-3

Lionel Messi dilayangkan kad merah pada babak pertama perlawanan, sebelum Argentina muncul pemenang tempat ke-3 Copa America 2019 yang berlangsung pada awal pagi tadi.

Pertemuan diantara Argentina dan Chile di Arena Corinthians berlangsung dalam keadaan panas, apabila kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan 10 pemain.

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Messi dipersalahkan oleh pengadil selepas terlibat dalam insiden tolak menolak dengan Gary Medel.


Messi kelihatan seperti mangsa dalam situasi tersebut. Tetapi pengadil melayangkan kad merah kepada kedua-dua pemain pada minit ke-37. Argentina mempunyai kelebihan pendahuluan dengan dua gol pada ketika itu.

Gol pertama Argentina hadir pada minit ke-12 perlawanan melalui jaringan Sergio Aguero setelah menerima hantaran Lionel Messi. Kemudian giliran bintang Juventus, Paulo Dybala melebarkan kelebihan kepada 2-0 setelah pemain itu menerima hantaran Giovani Lo Celso.

Secara keseluruhan, perlawanan ini merekodkan 21 kekasaran sebelum tamat babak pertama perlawanan.

Chile bermula dengan baik pada babak kedua perlawanan dan Arturo Vidal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-59 perlawanan untuk memastikan Chile kembali ke dalam persaingan.

Penalti diberikan selepas Lo Celso dipersalahkan mengasari Aranguiz dalam kotak penalti.

Namun demikian anak buah Reinaldo Rueda gagal mendapatkan gol penyamaan, dan dalam tempoh itu dua lagi layangan kad kuning dilayangkan – menjadikan lapan kad kuning dikeluarkan pengadil sepanjang 90 minit perlawanan.

Satu perkara yang pasti ialah ialah Copa Amerika 2019 pasti kejohanan antarabangsa yang Lionel Messi mahu padamkan dari memori beliau.

Messi, Medel sent off for altercation

Leo Messi and Gary Medel were both sent off for this altercation.

This was Messi’s first red card since his Argentina debut in 2005 😱

Posted by ESPN FC on Saturday, July 6, 2019