Dewa United Sedia Lepaskan Egy Maulana Jika Ada Kelab Eropah Minat Dapatkannya

Pemain bintang serangan Sang Garuda iaitu Egy Maulana Vikri secara rasminya sudah pun menyertai Dewa United tahun ini dalam saingan Liga 1 Indonesia untuk julung kali.

Menariknya, ia merupakan penyertaan kali pertama buat Egy beraksi dalam saingan liga tersebut, selepas beliau memulakan karier profesional di Eropah sejak awal pembangunan.

Walaupun Dewa United pada awalnya menafikan perpindahan Egy, namun semalam beliau secara rasminya telah pun diperkenalkan secara umum menerusi media sosial rasmi mereka.

Menurut Dewa United, mereka sedia melepaskan Egy Maulana jika pemain tersebut mendapat mana-mana tawaran rasmi dari Eropah pada masa akan datang.

Dengan kontrak selama empat tahun bersama Dewa United, satu klausa juga telah diumumkan pasukan tersebut buat pemain itu untuk beraksi bersama pasukan Eropah jika mendapat tawaran menarik.

“Kami akan pastikan jika prestasi Egy cemerlang bersama pasukan, beliau akan dilepaskan sekiranya mendapat mana-mana tawaran dari luar negara tanpa sebarang halangan.

“Kami juga akan membantu Egy dari segenap aspek untuk memenuhi impian beliau mencipta nama di luar negara,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan tersebut iaitu Ardian Satya Negara menerusi Bola.com.

Egy yang mencipta karier di Eropah sebelum itu pernah beraksi dalam saingan utama di Poland iaitu Lechia Gdanks selama beberapa musim sebelum berhijrah ke Slovakia.

Di Slovakia, Egy telah pun menyertai dua kelab iaitu Senica serta Zlate Moravce sebelum kontrak beliau ditamatkan lebih awal atas persetujuan bersama.

Sebenarnya rekod Egy di Slovakia tidak terlalu teruk ketika bersama Senica, selepas pemain ini mencatat dua jaringan serta empat bantuan gol daripada 26 penampilan bersama.

Namun, momentum itu tidak dapat diteruskan selepas Egy bersama Zlate Moravce apabila beliau hanya merekodkan satu sahaja bantuan gol daripada sembilan aksi di atas padang.

Kehadiran Egy jelas mendapat reaksi positif daripada Ketua Pegawai Eksekutif pasukan tersebut iaitu Ardian Satya Negara yang menganggap pemain itu mempunyai aset tersendiri sangat berkualiti.

“Semua orang pun tahu kualiti yang ada pada Egy merupakan antara yang sangat terbaik buat serangan Indonesia kini menerusi kualiti dimiliki beliau,” jelas beliau.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN