Deulofeu Sinis, Ingatkan Barcelona Tentang Nama Beliau

Pemain sayap Barcelona yang kini dipinjamkan ke Watford, Gerard Deulofeu ternyata kecewa dengan baju-t kejuaraan Barcelona yang tiada nama beliau.

Deulofeu menyertai semula Barcelona pada awal musim ini dari AC Milan selepas kelab Catalan tersebut membeli klausa pembelian semula beliau.

Selepas kemasukan Ousmane Dembele, nama Deulofeu kian sukar untuk mendapat tempat dalam pasukan Barcelona meskipun beliau menjadi nadi penting skuad muda Sepanyol dalam kejohanan Eropah B-21.

Beliau beraksi dalam beberapa perlawanan untuk Barcelona pada awal musim sebelum dipinjamkan ke Watford. Beliau memulakan karier di Watford dengan baik tetapi selepas itu terpaksa berehat panjang kerana kecederaan.

Barcelona menjuarai La Liga ke-25 mereka dengan kemenangan 4-2 ke atas Deportivo pada Ahad lalu. Dan mereka meraikan kejuaraan tersebut dalam perarakan piala domestik.

Deulofeu memuat naik kapsyen:

“Itu milik saya juga, bukan..?”

Beliau bermain 10 perlawanan bersama Barca sebelum ke Watford untuk mencari lebih banyak minit perlawanan dengan pasukan utama.

Javier Mascherano dan Arda Turan juga tidak disertakan dalam senarai. Namun Rafinha yang dipinjamkan ke Inter Milan ada dalam senarai.

Yerry Mina yang hanya beraksi 2 perlawanan bersama kelab turut ada dalam senarai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN