Gerard Pique telah menyelamatkan Diego Costa daripada melakukan kesalahan lebih teruk. Costa dilayangkan kad merah terus (straight red) selepas mencarut kepada pengadil.
🔴 RED CARD!! And chaos ensues!! What did @diegocosta do or say? Whatever it was, he's off 😱 0-0 | Watch LIVE on beIN 2 and CONNECT ▶️ https://t.co/IVCQRdMMjj #LaLiga #BarcaAtleti pic.twitter.com/l82L06CrQi
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_AUS) April 6, 2019
Costa telah menggunakan bahasa kesat dengan melibatkan ibu pengadil tersebut.
Referee Gil Manzano's report: "In the 28th minute the player Diego Da Silva Costa was sent off for the following motive: he shouted loudly at me the following words: 'I SHIT ON YOUR WHORE MOTHER, I SHIT ON YOUR WHORE MOTHER.'"
— Richard Martin (@RichMartinMcr) April 6, 2019
Costa terus agresif dan Pique datang mendapatkan Costa dan berbisik kepada pemain itu. Pique memberitahu Costa:
“Tutup mulut kamu dan jangan bercakap lagi. Apa yang kamu mahu sekarang? Kamu mahu digantung 4 perlawanan?”
Pique mengingatkan Costa akan hukuman berat yang bakal menimpa pemain itu jika terus membebel dan mencarut.
Pique telah berjaya menenangkan bekas rakan sepasukan dalam pasukan Sepanyol itu.
Bagi Pique beliau tidak mahu Costa digantung lebih lama. ini kerana pemain itu sedang mencari rentak beliau kembali untuk kembali kepada prestasi terbaik di dalam padang.
Diego Costa merupakan pemain yang memang panas baran namun tidak dinafikan beliau memiliki mentaliti kemenangan yang tinggi.
Diego Costa juga mungkin ada tekanan tambahan pada dirinya selepas bergelut dengan prestasinya pada musim ini.
Ramai peminat terutamanya yang atas pagar memuji tindakan Gerard Pique. Mereka kagum dengan tindakan Pique. Sedangkan boleh sahaja beliau membiarkan pemain lawannya itu dikenakan tindakan lebih berat. Pique mengetepikan soal perseteruan dah cuba membantu Diego Costa untuk bertenang.
Costa meninggalkan padang pada separuh masa pertama dan dilihat berjaya ditenangkan oleh Gerard Pique. Atletico tewas 0-2 di tangan Barcelona. sekaligus menjarakkan lagi jurang mata di antara pendahulu Liga prasarana dengan pasukan di tangga kedua Atletico Madrid.
Barcelona juga semakin hampir untuk mendakap kejuaraan Liga sekali lagi.