Analisis Taktikal: Selangor Hukum Melaka Yang ‘Shut Down’ Fasa Akhir Perlawanan

Zainal Abidin Hassan pastinya tidak tidur nyenyak memikirkan semula perlawanan ini. Melaka tewas 3-4 kepada Selangor dalam kedudukan mereka boleh memenangi perlawanan.

Selangor menekan menerusi Syazwan Zainon

Jelas sekali taktikal B. Sathianathan menyerang menggunakan Syazwan Zainon. Sathianathan mahu memanfaatkan kepantasan yang ada pada pemain sayap tersebut.

Ada pro dan kontra taktikal ini. Dari segi pro – Syazwan Zainon sangat cepat untuk melakukan penetrasi ke dalam kotak penalti lawan. Dan beliau turut mencipta beberapa peluang serta 1 ‘assist’.

Sekali lagi saya berpandangan, jika Syazwan Zainon memiliki teknik penyudah yang lebih baik beliau akan lebih menjadi ancaman. Ini kerana Syazwan mampu melarikan bola sehingga ke byline dan mencetuskan situasi 1 v 1.

Namun harus diakui, dalam perlawanan ini dari segi distribusi, Syazwan Zainon memberikan sumbangan yang baik.

Kelemahan pula – Faiz Nasir hilang dalam perlawanan ini. Kerana apabila Syazwan Zainon dialih ke kanan, fokal mereka masih berpandukan pemain bukannya arah serangan.

Selangor memanipulasi ruang di zon 14. Ini kerana Melaka memiliki struktur 4-1-4-1 yang sangat rapuh ketika bertahan.

Melaka bermasalah besar untuk ‘reshape’ dan 4-1-4-1 mereka dimanipulasi di ruang antara garisan (between the line) ataupun zon 14 Selangor.

Melaka perbaiki permainan pada separuh masa kedua

Jika pada separuh masa pertama, taktikal Melaka terlalu mudah dijangka. Sistem melambungkan bola kepada ‘target man’.

Mereka meletakkan pemain sayap seperti Raimi yang kurang kreativiti dan visi. Raimi sangat direct dalam permainan. Beliau akan menghantar bola terus ke kotak penalti dan cuba melarikan bola sejauh mungkin sehingga ada ruang.

Taktikal ini memudahkan Selangor pada separuh masa pertama. Ini kerana Sathianathan sudah ada pelan yang jelas memusnahkan rantaian hubungan antara pemain sayap dengan ‘target man’. Regan diarahkan merantai Casagrande secara tetap.

Secara tidak langsung taktikal Sathianathan ini juga tidak cukup baik. Kerana ketika Regan fokus merantai Casagrande, 2 kali pemain Melaka memanipulasi ruang yang dicipta itu. Pemain Selangor gagal untuk ‘cover’ zon yang ditinggalkan Regan.

Ini gol pertama, Regan keluar daripda zon beliau untuk menjejak Casagrande. Farizal Harun patut melakukan ‘sweeping’ lebih kemas dalam situasi ini.

Ini adalah gol kedua Reichelt yang memanipulasi ruang di hadapan gol. Pertahanan Selangor yang lain patut melakukan lebih baik dalam situasi ini. Regan sudah menjalankan tugas untuk merantai pemain paling bahaya dalam bola tinggi.

Pada separuh masa kedua Melaka memperbaiki aspek permainan mereka. Zainal Abidin menaikkan Safiq Rahim ke peranan no.10 dan menarik ke bawah sedikit Markovic.

Markovic terlalu statik untuk peranan perancang no.10. Beliau tidak ada kemampuan untuk ‘linking up’ di kawasan padat. Melaka bermain dalam sistem 4-2-3-1 pada separuh masa kedua. Dan ianya lebih baik.

Fasa ini Safiq Rahim turut berjaya mencipta assist serta 2 kali berada dalam kedudukan terbaik menjaringkan gol. Salah satu daripadanya adalah 1 vs 1. Namun sayangnya Safiq Rahim seakan akan ‘malu-malu’. Penyudah beliau menghampakan.

Safiq Rahim / Kredit Foto: FA Selangor

Melaka banyak menghadirkan ancaman dengan formasi mereka ini.

Kelekaan Melaka

Jika pada separuh masa kedua, Melaka bermain sangat baik sehinggakan mereka mampu kembali mendahului dengan kedudukan 3-2.

Namun kelekaan mereka ketika bertahan adalah penyebab mereka melepaskan 3 mata kepada 1 mata dan kemudiannya menjadi debu.

Selepas gol ke-3, Melaka menganggap perlawanan seperti sudah berakhir. Mereka tidak ada disiplin yang jelas dalam bertahan bola mati. Tidak pasti mereka sedang bermain zonal marking ataupun memang mereka sudah ‘hilang tumpuan’.

Sean Selvaraj menjaringkan gol ke-3 Selangor dalam keadaan beliau memenangi bola dengan mudah daripada belakang pemain Melaka. ‘Suspek’ yang sama menjadi penjaring gol kemenangan Selangor juga dengan tandukan dalam keadaan pertahanan Melaka longgar dan hilang tumpuan.

Isu defensif

Secara asasnya, kedua-dua pasukan berhadapan dengan masalah kelekaan ketika bertahan terutama sekali ‘aerial duel’. Selangor ada pelan untuk memusnahkan titik sasaran lawan, namun tidak cukup baik dalam ‘covering’.

Melaka pula tidak mampu bertahan baik dalam 2 bola mati terakhir. Melaka boleh dikatakan ‘shut down’ selepas gol ke-3. Dan selepas dibolosi gol ke-3 mereka hilang tumpuan secara total.

Agak malang kerana mereka sudah melakukan tugas dengan baik pada separuh masa kedua untuk memperbaiki kerosakan pada separuh masa pertama.

Rumusan

Dari segi pertarungan taktikal, ianya bukan aksi taktikal terbaik daripada kedua-dua pasukan. Namun pada separuh masa pertama Selangor lebih menguasai perlawanan. Pada separuh masa kedua, penguasaan berpindah kepada Melaka.

Aspek kehebatan individu dan kesilapan bertahan memainkan elemen sangat penting dalam perlawanan ini.

Amri melakukan gol dengan teknikal menarik pada awal perlawanan. Reichelt menghukum kesilapan Farizal Harun.

Pada babak akhir perlawanan Selangor memenangi perlawanan daripada rutin bola mati – ketika Melaka sedang hilang fokus. Selangor ternyata memiliki pemain gantian yang memberikan impak besar.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA

Amri Yahyah menjaringkan 2 gol dan 1 bantuan gol dalam perlawanan ini. Namun Sean Selvaraj pada satu ketika mendapatkan semula 1 mata yang hilang daripada Selangor dan pada masa kecederaan beliau memberikan 3 mata.

Jadi, anda boleh memilih Amri sebagai pilihan, namun kami pula dengan penuh sukar memilih ‘matcwinner’ – Sean Selvaraj – sebagai pemain terbaik kerana beliau adalah

  • Pemain simpanan – masuk menjadi gamechanger pada separuh masa kedua – ketika Selangor tertekan
  • Menjaringkan gol penyamaan minit akhir
  • Menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan

Menariknya, awal perlawanan Amri adalah pemilik perlawanan ini. Ianya bertukar tangan kepada Patrick Reichelt, dan dirampas oleh Sean Selvaraj. 3 pemain ini wajar diberikan pujian.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN