Derbi Setempat Mengukir Sejarah Baharu Bola Sepak Kelantan

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Aksi pertembungan dua pasukan setempat antara Kelantan dan Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Selasa ini sudah tentu dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak negara.

Kelantan United FC layak beraksi di Liga Premier secara merit selepas menamatkan saingan liga M3 di kedudukan pertama dengan mengutip 66 mata dari 26 perlawanan.

Manakala pasukan Kelantan pula kekal di liga divisyen kedua negara itu selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-10 daripada 11 pasukan.

Ianya bukanlah satu keputusan yang baik buat pasukan yang pernah memiliki sejarah kegemilangan tidak lama dahulu. The Red Warriors (TRW) sebelum ini mengalami fasa-fasa ‘mendung’ setelah dibelenggu dengan masalah pengurusan dan turut dibebani dengan isu hutang tertunggak bernilai jutaan ringgit.

Namun di bawah pimpinan presiden KAFA, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan dibantu oleh barisan pimpinan yang lain, pasukan itu telah mula menyelesaikan masalah hutang lapuk terutamanya melibatkan tunggakan gaji bekas pemain dan jurulatih TRW.

Dengan kemunculan satu lagi pasukan di negeri yang sama, ianya boleh disifatkan sebagai platfrom terbaik dalam merancakkan semula industri bola sepak di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Satu keistimewaan Kelantan adalah mereka sebenarnya pernah memiliki penyokong bola sepak paling fanatik di negara ini. Dengan semangat luar biasa, hampir semua perlawanan termasuk di tempat lawan penyokong Kelantan yang bertebaran di seluruh negara akan hadir ke stadium untuk menyokong pasukan.

Pengarah Urusan TRW Sdn. Bhd Datuk Wan Rakemi Wan Zahari dalam siaran media pasukan berkata, kehadiran Kelantan United dalam saingan Liga Premier 2020 mampu menghidupkan semula ‘roh’ bola sepak Kelantan yang agak suram sejak kebelakangan ini.

“Kehadiran KUFC bukan ancaman buat TRW, sebaliknya kita melihat ia akan merancakkan lagi industri bola sepak Kelantan. Besar impian saya untuk melihat TRW dan KUFC layak ke saingan Liga Super pada musim depan,” katanya.

Satu perkara yang menjadikan dua pasukan berpangkalan di Kota Bharu ini begitu istimewa adalah semangat ‘kebersamaan’ mereka. Tiada tempat untuk perbezaan fahaman politik kerana masing-masing menyokong antara satu sama lain tanpa sebarang masalah.

Oleh yang demikian Wan Rakemi berharap rakyat negeri Kelantan dapat turun beramai-ramai untuk menyaksikan perlawanan dan memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan tanpa berbelah bahagi.

“Baik TRW atau KUFC kedua-duanya membawa nama Kelantan. Jadi sokonglah kedua-duanya bagi merancakkan lagi industri bola sepak Kelantan,” ujarnya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN