Der Klassiker merujuk kepada perlawanan di antara Bayern Munich dan Borussia Dortmund. Ia ibarat el classico di Sepanyol yang ada Real Madrid vs. Barcelona.
Der Klassiker adalah permusuhan antara Bandar. Ada yang cuba menggelarkannya inter-city Derby di Jerman seperti mana Manchester United dan Liverpool.
Walau apa pun label yang cuba diberikan, Der Klassiker tetap menjadi antara perlawanan tumpuan dalam kalendar bola sepak dunia.
Bayern Munich
Bayern Munich berada dalam prestasi yang agak baik namun masih menggusarkan segelintir peminat mereka.
Transisi Juego di Posicion kepada 4-3-3 oleh Ancelotti telah mengambil sedikit masa untuk Bayern menjadi benar-benar konsisten.
Mereka bergelut untuk mendapatkan mata ketika menentang Koln, Hoffenheim dan Frankfurt. Prestasi beberapa pemain bintang mereka juga dilihat sedikit menurun.
Hakikatnya, pasukan seperti Leipzig, Hoffenheim dan Hertha Berlin juga berada dalam prestasi terbaik untuk menyaingi Bayern pada awal musim.
Namun bagi peminat Bayern Munich ia bukan alasan untuk gergasi Jerman ini tidak menjadi lebih dominan di atas padang.
The Bavarians berada di tangga kedua dengan baki 1 perlawanan selepas Leipzig menang semalam. Sebarang kemenangan daripada perlawanan ini, akan melonjakkan mereka ke atas kembali,
Bayern berada 6 mata di hadapan Dortmund sebelum sepak mula.
Kemenangan dalam Der Klassiker ini sangat penting untuk mereka membuang tekanan yang sedang dihadapi oleh jurulatih, pemain dan juga para peminat.
Pada bulan Disember nanti, mereka akan menentang kelab paling kontroversi di Jerman yang juga berada dalam landasan persaingan liga setakat ini, RB Leipzig.
Borussia Dortmund
Borussia Dortmund memulakan musim ini dengan sangat baik dan menggerunkan musuh mereka. Namun apa dah jadi sejak akhir-akhir ini mereka kelihatan bergelut untuk mengekalkan prestasi mereka.
Masalah disiplin pemain turut menghantui mereka. Pierre Emerick Aubameyang digantung oleh kelab kerana masalah disiplin di luar padang.
Tuchel menyifatkan buat masa ini, mereka tidak boleh kehilangan Aubameyang namun terpaksa menerima hakitat jika terpaksa.
Isu penggantungan, kecederaan dan masalah lain melibatkan Aubameyang harus disediakan satu pelan simpanan oleh Tuchel.
Daripada 8 perlawanan pertama Bundesliga, Dortmund sudah tewas 2 kali musim ini. Namun mereka kelihatan sangat bagus ketika menentang Hamburg SV.
Ia selepas prestasi yoyo mereka sebelum itu.
Presiden mereka pernah berkata, Der Klassiker dikira mati jika Dortmund tidak memperbaiki standard mereka. Musim ini kualiti mereka kelihatan mantap pada awal musim.
Jika mereka dalam prestasi terbaik, mereka ada potensi yang baik untuk mengejutkan Bayern Munich.
Namun buat masa ini, BvB mungkin fokus untuk tidak kalah dalam perlawanan ini dan mencari peluang untuk melakukan kejutan dengan jaringan kemenangan.
Kemenangan dalam perlawanan ini akan menjadi tonik paling baik untuk Tuchel dan BvB kembali berada di gear tinggi. Kekalahan mungkin akan menyukarkan aspirasi persaingan Bundesliga mereka.
Siapa Akan Menang?
Thomas Tuchel mungkin akan cuba sedaya upaya menyediakan plan untuk memenangi perlawanan ini, pada masa yang sama mahu pasukan beliau dalam keadaan terbaik ketika bertahan.
Untuk Ancelotti, impak kekalahan kepada beliau lebih besar berbanding dengan Tuchel. Jika gagal menang, mereka akan berada di belakang Leipzig minggu ini.
Berdasarkan prestasi semasa, Bayern Munich lebih baik. Namun dari segi tekanan, kedua-dua pasukan berada dalam tekanan yang agak tinggi untuk mengekalkan konsistensi mereka.
Menarik untuk melihat apakah taktikal yang bakal dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan kali ini. Ia adalah perlawanan 22 pemain yang berbakat dan sangat bagus dengan bola di atas padang.
Pasukan mana pilihan anda?
Baca juga : Statistik Menunjukkan Bundesliga Liga Paling Berintensiti Tinggi Di Eropah Berbanding Liga Lain