Statistik Menunjukkan Bundesliga Liga Paling Berintensiti Tinggi Di Eropah Berbanding Liga Lain

Sering diperdebatkan oleh para peminat bola sepak mengenai liga mana yang lebih hebat di Eropah?

Statisitik yang dikeluarkan oleh EastBridge dari 4 liga utama Eropah iaitu Bundesliga, La Liga, Premier League dan Serie A. Bundesliga merupakan liga terbaik di Eropah dari segi perkiraan tahap intensiti liga.

Tekanan (pressing)

Berdasarkan statistik, La Liga mempunyai tahap tekanan (pressing) yang paling tinggi dalam kalangan 4 liga utama di Eropah.

Perkiraannya adalah seperti berikut. Makin rendah peratus, makin tinggi pasukan di liga tersebut suka melakukan tekanan. Jika peratus tinggi, pasukan di liga tersebut lebih gemar untuk melakukan tekanan terhadap pasukan lawan ketika di zon mereka sendiri:

  1. La Liga – 8.80%
  2. Bundesliga – 9.47%
  3. Premier League – 11.16%
  4. Serie A – 11.89%

Walaupun La Liga mempunyai tahap tekanan paling tinggi antara 4 liga utama Eropah. Bundesliga merupakan peneraju bagi liga yang paling kerap melakukan tekanan tinggi (high intense pressing).

Auba-Reus-Dortmund

Perkiraannya tetap sama. Liga dengan peratus yang lebih rendah adalah liga yang lebih baik:

  1. Bundesliga – 75.09%
  2. La Liga – 76.41%
  3. Premier League – 77.89%
  4. Serie A – 80.09%

Apa yang kita boleh simpulkan disini, pasukan-pasukan di Serie A lebih kerap untuk berkampung di tempat sendiri berbanding pergi melakukan tekanan di kawasan lawan.

Permainan secara terus (Directness)

Di Eropah, Bundesliga merupakan liga yang paling kerap bermain secara terus (direct) ketika menyerang.

Hal ini dikira ketika berada di bahagian serang (attacking third) dimana bola dihantar secara terus kepada penyerang:

  1. Bundesliga: 57.38%
  2. La Liga: 56.33%
  3. Serie A: 55.75%
  4. Premier League: 54.94%

Intensiti menerusi kesilapan

Tahap intensiti liga juga boleh dijana menerusi perkara-perkara yang tidak dijangka dalam perlawanan seperti kesilapan hantaran, rembatan dan tindakan bertahan seperti terjahan yang dilakukan oleh pemain lain.

Hasil daripada ini menyaksikan Bundesliga juga menguasai kategori ini manakala Premier League dan La Liga bertukar posisi di tangga kedua dan ketiga:

  1. Bundesliga: 353.78
  2. Premier League: 335.36
  3. La Liga: 330.87
  4. Serie A: 308.19

Perkiraan dalam kategori ini menunjukkan pemain di bahagian pertahanan juga menyumbang kepada tahap intensiti sesebuah liga.

Sumbangan terbesar oleh bahagian pertahanan kita boleh lihat di Premier League. Barisan pertahan di Premier League paling aktif dalam mengubah serangan yang berada di kawasan mereka ke kawasan lawan:

  1. Premier League: 100.98
  2. Serie A: 90.89
  3. Bundesliga: 90.60
  4. La Liga: 87.24

AFC Bournemouth v Manchester United - Premier League

Tahap kompetitif

Alvaro Negredo yang pernah bermain untuk Manchester City pernah berkata mengenai tahap kompetitif sesebuah liga:

“Bagi saya, Premier League mempunyai tahap kompetitif liga yang sangat tinggi. Banyak pasukan yang bersaing untuk memperoleh gelaran liga.”

“Tetapi di Sepanyol. Hanya Barcelona, Real Madrid dan Atletico Madrid sahaja yang bersaing untuk gelaran liga.”

Berdasarkan rajah di bawah, kita boleh lihat perbezaan percubaan tepat ke pintu yang dihasil oleh pasukan di 4 liga ini.

Apa yang mengejutkan, RB Leipzig berada ditangga kedua di belakang Bayern Munich. Maka tidak hairan mengapa mereka ditangga kedua liga ketika ini.

Pola yang dihasilkan oleh Bundesliga juga kita boleh saksikan sama di La Liga. Cuma kali ini, Real Madrid jauh mendahului 19 pasukan yang lain yang dari segi perbezaan percubaan tepat ke arah gol yang mereka hasilkan.

Sementara pasukan-pasukan di Premier League dan Serie A mempunyai pola yang lebih kurang sama antara 2 liga ini.

euro-leagues-sot-diff-500x484

Kesimpulan

Secara statistiknya, Bundesliga merupakan liga yang paling kompetitif dari segi permainan tekanan tinggi dan kecenderungan untuk melakukan hantaran terus di bahagian serangan.

Tetapi jika dibandingkan dari segi kepantasan tempo permainan, Premier League mempunyai sedikit kelebihan di kategori itu.

Jadi, liga mana yang paling kompetitf bagi anda?

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Peak Pemain Bola Sepak, Bilakah Purata Umur Pemain Berada Di Usia Kemuncak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN