Euro 2020: Pertemuan Denmark VS Finland Ditangguh Selepas Christian Eriksen Rebah Tidak Sedarkan Diri

Christian Eriksen terpaksa menerima rawatan kecemasan di tengah padang selepas rebah dan tidak sedarkan diri ketika perlawanan saingan Kumpulan B di antara Denmark dan Findland.

Insiden tersebut berlaku pada babak pertama perlawanan, apabila pemain berusia 29 tahun itu menyambut bola lontaran ke dalam rakan sepasukan.

Eriksen kemudian dengan tidak semena-mena rebah dan tidak sedarkan diri sebelum menimbulkan panik pemain-pemain lain di dalam padang yang memanggil bantuan kecemasan.

Sepanjang rawatan dilakukan, pemain-pemain Denmark mengelilingi pemain itu sebagai tanda solodariti. Bantuan kecemasan pernafasan turut dilakukan oleh pegawai perubatan Denmark, dan seluruh stadium senyap sepi kerana risaukan pemain itu.

Pemain-pemain Finland kemudiannya meninggalkan padang selepas UEFA memutuskan perlawanan tersebut ditangguhkan akibat keadaan kecemasan.

Eriksen kemudiannya turut diusung keluar untuk dikejarkan ke hospital. Sehingga artikel ini ditulis, belum ada khabar terbaru mengenai status pemain itu.

Namun melalui beberapa gambar yang tersebar di media sosial, Eriksen dilihat berada di dalam keadaan sedar ketika diusung keluar stadium tetapi bernafas dengan bantuan oksigen.

UEFA dalam satu kenyataan selepas itu mengesahkan Eriksen berada di dalam keadaan stabil. Selang beberapa minit, perlawanan yang telah ditangguhkan disahkan akan disambung semula.\

Eriksen adalah pemain Inter Milan selepas sebelum ini beraksi selama tujuh musim bersama Totenham Hotspur di saingan Liga Perdana Inggeris.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Christian Eriksen:

UEL 2019/20: Conte Puji Gol Eriksen Tapi Mahu Lebih

Kecewa Punca Eriksen Tinggalkan Tottenham Hotspur

Christian Eriksen: Keputusan Yang Baik Tinggalkan Spurs Dan Sertai Inter

 

Leave a Reply