“Chris, Saya Sayang Kamu!!!”- Dua Gol Lukaku Bantu Belgium Benam Rusia

Romelu Lukaku mendedikasikan gol jaringannya kepada rakan sepasukannya di Inter Milan, Christian Eriksen sekaligus membantu Belgium memulakan kempen Euro 2020 dengan kemenangan.

Pemain tengah Denmark, Eriksen rebah di dalam padang dan tidak sedarkan diri dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B menentang Finland yang diadakan lebih awal, dan terpaksa dibantu dengan rawatan kecemasan di atas padang.

Terdapat keraguan sama ada perlawanan yang diadakan di St. Petersburg antara Belgium dan Rusia akan diteruskan mengikut jadual berikutan apa yang berlaku di Copenhagen, sebelum Persatuan Bola Sepak Denmark mengesahkan Eriksen berada di dalam keadaan sedar stabil di hospital.

Lukaku membuka tirai jaringan untuk Belgium selepas memanfaatkan kesilapan Andrey Semenov dan meraikan gol tersebut dengan menjerit “Chris, Chris, saya sayang kamu,” di hadapan kamera.

Selepas perlawanan bekas pemain Manchester United itu berkata beliau menangis apabila mendapat tahu apa yang berlaku kepada Eriksen.

“Saya amat takut. Anda melalui saat-saat gembira bersama,” ujar Lukaku kepada ITV. “Saya meluangkan lebih banyak masa bersama dia berbanding dengan keluarga saua sendiri.

https://twitter.com/RomeluLukaku9/status/1403846661303111681

“Ia amat sukar untuk beraksi dalam perlawanan ini. Saya berharap beliau sihat dan saya mendedikasikan perlawanan ini untuk beliau.”

Selepas gol pembukaan oleh Lukaku, skuad Roberto Martinez kemudiannya melebarkan kelebihan pada babak kedua melalui Thomas Meunier yang dimasukkan menggantikan Timothy Castagne kerana kecederaan.

Lukaku yang berada di dalam prestasi terbaiknya kemudian menambah satu lagi gol untuk pasukan  negaranya untuk memastikan kemenangan selesa 3-0.

Kemenangan tersebut meletakkan Belgium di kedudukan teratas kumpulan selepas perlawanan di Copenhagen yang disambung semula bekesudahan dengan kemenangan 0-1 untuk Finland.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Euro 2020:

Euro 2020: Pertemuan Denmark VS Finland Ditangguh Selepas Christian Eriksen Rebah Tidak Sedarkan Diri

Kenali 10 Penyerang Paling Berbisa Euro Sepanjang Zaman

Ukraine Diarah Buang Slogan ‘Berbaur Politik’ Pada Jersi Euro 2020

 

Leave a Reply