Dengan Hanya RM10, Anda Boleh Saksikan Aksi Liga Premier Di Balrz.tv!

Balrz.tv

Syarikat penstriman dari Kuala Lumpur, Balrz.tv telah menawarkan pakej siaran langsung bagi perlawanan Liga Premier dengan langganan serendah RM 10 sahaja.

Menggunakan format pay-per-view, mereka yang berminat boleh menyaksikan aksi-aksi Liga Premier yang disiarkan oleh mereka dengan harga serendah RM10 untuk tempoh langganan selama sebulan.

Langganan boleh dilakukan sekaran di laman YouTube mereka dengan penyokong boleh saksikan perlawanan Terengganu II menentang Kelantan malam ini.

Cara untuk melanggan adalah seperti berikut:

  • Pergi ke mana-mana video di saluran YouTube Balrz.tv dan klik pada butang “Join”
  • Isi butiran-butiran yang diperlukan untuk membuat pembayaran
  • Klik pada butang “Buy” dan pembayaran akan dianggap selesai jika anda mendapat kata-kata aluan

Balrz.tv memilih untuk fokus kepada Liga Premier kerana saingan tersebut tidak mempunyai siaran langsung yang khas seperti Liga Super di Unifi TV.

Jelas sekali, ianya memberikan kesenangan buat pengikut Liga Premier untuk menyaksikan pasukan mereka sementara larangan masuk ke stadium masih lagi dijalankan.

Namun begitu, usaha pembayaran mengalami sedikit masalah kerana transaksi melibatkan pihak YouTube adalah bersifat transaksi antarabangsa dan ianya sedikit berbeza dengan transaksi atas talian yang biasa.

Oleh itu, mereka telah mengeluarkan kenyataan membantu mereka yang mengalami masalah tersebut.

Balrz.tv adalah syarikat penstriman yang sering melakukan siaran langsung bagi perlawanan-perlawanan bola sepak amatur dan liga sosial.

Mereka juga pernah menyiarkan siaran langsung aksi pasukan futsal kebangsaan menentang New Caledonia.

Baca juga artikel kami mengenai Liga Malaysia:

Pendekatan ‘Tenang’ Nafuzi Jadikan Pemain Muda TFC Bersemangat Tinggi

Akibat Diving Dramatik, Pemain PJ City Diheret Ke Jawatankuasa Tatatertib FAM

De Paula Ada Rekod Impresif Berdepan Terengganu, Perak ‘Tambah’ Yakin

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN