Demo PES2019 Kini Sudah Boleh Dimuat Turun Pada Semua Peranti Bermula Hari Ini!

Berita baik buat para peminat siri Pro Evolution Soccer (PES)!

Konami telah pun mengeluarkan siri percubaan atau demo bagi keluaran terbaharu mereka kali ini iaitu PES2019.

Siri percubaan tersebut kini sudah boleh dimuat turun di semua peranti generasi baharu atau new-gen consoles.

Ini bermakna, siri percubaan PES2019 bukan sahaja boleh dimuat turun di peranti Xbox One dan juga PlayStation 4 tetapi juga boleh dimuat turun untuk peranti PC juga!

Ianya satu berita gembira buat para pemain PES di PC kerana sebelum ini Konami sering mengeluarkan siri percubaan untuk peranti PC lewat berbanding peranti konsol.

Malah lebih teruk pada musim edisi lalu, tiada langsung siri percubaan untuk PES2018!

Untuk siri percubaan di peranti PC, ianya boleh dimuat turun di Steam.

Untuk siri percubaan kali ini, para pemain boleh menikmati gaya permainan PES2019 dengan menggunakan beberapa pasukan:

  • Barcelona
  • Schalke 04
  • Liverpool
  • Internazionale
  • AC Milan
  • AS Monaco
  • Sao Paolo
  • Flamengo
  • Palmeiras
  • Colo-Colo
  • Argentina
  • Perancis

Apa yang menarik dalam siri percubaan ini, para pemain turut diberikan peluang untuk mencuba sistem permainan atas talian dengan menyertai Online Quick Match.

Untuk memuat turun siri percubaan PES2019 ini, para pemain dinasihatkan untuk mempunyai simpanan memori sebesar 4GB.

Menurut laman Gadgets 360, masih belum ada pengumuman rasmi untuk jumlah simpanan memori kepada siri percubaan PES2019.

Namun jika diambil kira kepada jumlah simpanan memori untuk siri percubaan PES2018, jumlahnya adalah sekurang-kurangnya 4GB.

Keluaran penuh bagi siri PES2019 akan menemui peminat pada 31 Ogos 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN