Demi Terengganu, Adib Zainuddin Tolak Tiga Tawaran Kelab lain

Muhammad Adib Zainuddin selaku pertahanan baharu skuad Terengganu telah mendedahkan mendapat tiga tawaran daripada kelab lain sebelum beliau mengambil keputusan untuk bersama skuad ini.

Reputasi Terengganu pada musim lalu yang berada dalam kelompok terbaik menjadi faktor utama bagi bekas pertahanan Johor Darul Takzim II ini memilih kelab berkenaan selain mahu menimba pengalaman di bawah kendalian, Nafuzi Zain.

“TFC adalah antara pasukan yang disegani dalam arena bola sepak tempatan. Reputasinya di bawah bimbingan ketua jurulatih Nafuzi Zain memang diakui begitu cemerlang.”

Tambah Adib lagi,”Kebetulan saya juga mahukan tugasan yang lebih mencabar musim depan. Oleh itu tawaran daripada Terengganu memang tepat dan kena pada masanya.”

Muhammad Adib yang pernah menggalas gelaran kapten serta tonggak utama bagi skuad kebangsaan bawah 23 tahun sama seperti para pemain lain yang memasang impian untuk membantu pasukan mendapatkan piala dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Jelas beliau, sebagai seorang pemain sebarang bentuk kejayaan pasukan dalam mencapai Petunjuk Indeks Prestasi (KPI) yang ditetapkan oleh kelab amat penting. Ini kerana ia turut mencerminkan nilai serta reputasi dalam pasukan tersebut secara tidak langsung.

Pemain yang berasal dari Mersing, Johor ini pernah menyarung jersi skuad UiTM FC, FELCRA, dan Harimau Muda C sebelum menyertai JDT II dan kini Terengganu.

Beliau setakat ini telah membuat 29 penampilan sepanjang bersama pasukan JDT II dan merupakan pemain tempatan pertama yang ditandatangani Terengganu bagi mengharungi cabaran Liga M musim depan menggantikan Muhammad Mohd Fauzi.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN